Supaya anda dihormati di tempat kerja

Ok, hari ini Ktom ingin berkongsi dengan anda satu cerita yang kerap dialami oleh sesiapa sahaja. Tak kiralah samada anda seorang pelajar, guru, doktor, pensyarah, eksekutif dan sebagainya. Kadangkala kita leka dengan sikap dan perlakuan seperti ini membuatkan kita lupa untuk membuat orang menghormati kita.

Begini ceritanya…….

Mila (bukan nama sebenar), seorang eksekutif muda di sebuah organisasi telah berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam kariernya. Setiap arahan yang diberi dituruti dan kerja diselesaikan mengikut waktu malah tidak keberatan untuk bekerja lebih masa.

Dari segi personaliti, Mila tidak ada apa yang kurang. Perawakan dan pakaiannya sesuai dengan tugas dan tidak menjolok mata.

Walaubagaimana pun beliau tidak begitu disenangi oleh teman-teman sepejabat. Mungkin ini disebabkan oleh sikapnya yang terlalu mementingkan karier hingga tidak memikirkan bahawa dia jua perlu bergaul dan bermasyarakat dalam pejabat.

Itulah alkisahnya…….

Jadi disini apa yang Ktom ingin utarakan bahawa cara kita bersosial juga penting sebagai kriteria untuk berjaya dalam bidang yang kita seburi. Inilah juga diantara yang diperhatikan dalam pemilihan untk kenaikan pangkat atau untuk mendapat apa-apa anugerah.

Apakah faktor yang utama untuk seseorang itu dihormati, disayangi dan disukai dalam dunia pekerjaan. Antara faktor penyumbangnya adalah baik hati, mengambil berat dan gembira.

Anda boleh berjaya dalam karier jika anda mengamalkan ketiga-tiga sikap ini dalam setiap tindakan anda.

Baik hati dan mengambil berat mengenai orng lain yang ada disekeliling anda bermakna anda sensitif dengan keadaan sekeliling. Dan sikap ini sangat penting dalam kepimpinan. Ini juga memberi anda popular di kalangan teman-teman sepejabat. Dengan ini mereka akan sentiasa bekerjasama dengan anda dan ini boleh membantu meningkatkan karier anda.

Jangan sekali-kali anggap bahawa kerja sentiasa perlu dilakukan dengan serius je. Kadang kala gelak ketawa juga penting untuk memberi kemeriahan dan menenangkan suasana tegang. Tapi tak ada lah meriah sangat sehingga mengabaikan tugas kerana asyik bersembang dan membuat jenaka. Kerja tetap fokus.

Ingin Ktom kongsikan dengan anda juga tentang perlakuan yang boleh meningkatkan karier. Tidak kira sama ada anda ketua, eksekutif atau hanya pekerja biasa – perasaan bertimbang rasa terhadap orang lain adalah penting. Anda akan dihormati dan menjadi tenaga utama selain merupakan aset kepada organisasi anda.

Bukan susah sangat untuk dilaksanakan. Anda hanya perlu mengamalkan sikap berikut dalam setiap tindakan ketika bekerja di pejabat.

1. Jika anda seorang ketua, cuba berbaik dengan semua pekerja termasuk golongan bawahan. Mereka boleh menjadi sahabat dan sekali gus penyokong yang boleh meningkatkan karier anda.

2. Setia kepada ketua dan sentiasa mmpertahankannya tidak kira sama ada di dalam mahupun di luar pejabat. ( hehehe..kalau ketua tu jenis orang yang sombong macam mana ya? )

3. Elakkan mengata seseorang melainkan di atelah melakukan jenayah berat seperti mengedar dadah, jenayah, mencuri dan sebagainya.

4. Jangan mengkritik ( ini sudah dibincangkan dalam post yang lepas ) seseorang di depan atau di belakangnya melainkan jika anda diarahkan menjadi penyelianya. Siapa tahu dia mungkin jadi ketua anda suatu hari nanti (hmmm…jangan main-main susah dibuatnya nanti ).

5. Menerima kedatangan pekerja baru dengan baik. Tunjukkan keadaan pejabat dan jadikan dia sebahagian daripada kumpulan anda. Biarkanlah dia merasai sebahagian daripada politik di pejabat terutama undang-undang yang biasa digunakan. Tentu anda juga minta diperlakukan sedemikian jika menjadi orang baru.

6. Selalu menepati janji. Kekalkan reputasi ini kerana anda boleh menjadi orang yanng dipercayai.

7. Pastikan anda membelanja rakan yang pernah belanja untuk makan bersama. Elakkan daripada dikenali sebagai orang yang tidak tahu membalas budi.

8. Elakkan daripada menentang orang yang tidak anda sukai secara terbuka ketika dia sedang mengemukakan pendapatnya di pejabat. Cara demikian tidak akan membantu meningkatkan karier anda. Suarakan rasa tidak puas hati itu secara individu dengannya.

Ini adalah diantara apa yang boleh kita buat…masih banyak perkara lagi yang boleh kita laksanakan. Jika anda ada pendapat yang ingin dikongsikan disini, Ktom amat mengalu-alukannya. Semoga apa yang kita sampaikan dapat dikongsi dan dijadikan panduan bersama.

Oleh Ktom