Petua Imam Syafie 4 perkara untuk sihat

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

Merawat Kulit Berkedut

Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. amalkan sehingga berkesan.

Mengatasi Sengal Tulang

Patahkan ranting pohon kemboja dan ambil getahnya. sapukan getah itu kepada sendi-sendi tulang, di bahagian tubuh anda yang mengalami sengal terutamanya pada sebelah pagi.

Hampas Teh Suburkan Tanaman

Taburkan hampas teh di sekeliling pokok hiasan di dalam pasu dan siramlah tanaman itu seperti biasa, dalam beberapa hari, tanaman anda akan menjadi lebih subur dan hijau.

Menghilangkan Karat Kepada Pakaian

Perahkan air limau nipis ke dalam bekas berisi satu sudu kecil garam halus.kacau hingga sebati dan sapukan kepada pakaian yang terkena karat. biarkan beberapa minit sebelum dibubuhkan sabun dan diberus seperti biasa.

Ikan Rebus Lebih Sedap Dan Lazat

Masakan ikan rebus bergantung kepada cara merebusnya. Cuba cara ini untuk menambah kelazatan ikan rebus. Masukkan asam keping dan ikan ke dalam periuk dan atur berselang seli. Kemudian masukkan sedikit garam, cuka makan dan tebu yang telah dibuang kulitnya dan dipotong kecil-kecil. Rebus dengan api yang perlahan tanpa memasukkan air. Pasti ikan rebus anda akan lebih lazat.

Hilangkan Gatal Sulur Keladi

Setelah dibersihkan, celurkan sulur keladi dengan air asam jawa dan sedikit garam. Kemudian bolehlah dimasak mengikut citarasa anda.

Tiada Lagi Pedih Pada Mata

Bawang adalah salah satu kemestian dalam masakan. Oleh itu unuk menghilangkan rasa pedih pada mata ketika mengupas dan menghiris bawang, cuba cara ini. Simpan bawang tersebut ke dalam peti sejuk terlebih dahulu. Atau anda boleh cuba rendamkan bawang tersebut ke dalam air sebelum mengupas dan menghirisnya. Tiada lagi rasa pedih mata bila menghiris bawang.

Kurangkan Tekanan Darah Tinggi

Ambil beberapa pucuk daun ceri atau daun manggis. Rebus sehingga air bertukar menjadi kekuningan . Biarkan air suam sedikit. Selawat tiga kali, minum 1/2 gelas waktu pagi, 1/2 gelas waktu petang. Amalkan selalu.

Oleh, Mah Fozah Abd. Hamid, Bayan Lepas Pulau Pinang.

Menghilangkan Keputihan

Bagi wanita yang mengalami masalah keputihan disarankan agar mencuba petua ini. Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya dan cuci bersih. Kemudian direbus di dalam periuk. Setelah mendidih campurkan sedikit garam dan biarkan suam. Kemudian ambil air rebusan yang suam tersebut dan cuci kemaluan. Lakukan 3 kali seminggu.

Oleh, Yusliza Mohd Yusof, Jerantut Pahang