Merawat Darah Tinggi

Ambil seikat daun kucai, tumbuk hingga lumat. Kemudian perah sehingga keluar airnya. Ambil air itu dan minum setiap pagi. insyaAllah tekanan darah tinggi akan berkurangan.

Payudara Kekal Cantik

Setiap wanita yang telah melahirkan anak, tentu mengalami masalah payudara yang kendur dan jatuh. Untuk mengatasi masalah ini, anda bolehlah mencuba petua untuk mendapatkan payudara yang segar, halus dan kulitnya anjal denganĀ  memanaskan satu sudu minyak sapi. Setelah menjadi minyak, sapukan minyak ini ke payudara dan urut selama 15 minit. Selepas itu, lap dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam. Jika rajin mengamalkannya anda akan dapat merasai perubahannya.

Ulam Kekal Rangup

Rendam ulam selama beberapa minit dalam air yang telah dicampurkan dengan sedikit cuka dan perahan limau nipis. Biarkan seketika barulah diangkat. Ulam tetap segar dan rangup biarpun telah lama dibeli.

Oleh, Ruzila Mohd, Besut Terengganu.

Simpan Ikan Tanpa Peti Sejuk

Kalau tiada peti sejuk atau kemungkinan bekalan elektrik di rumah anda terputus, ada cara untuk mengelakkan ikan menjadi busuk sekurang-kurangnya untuk tempoh sehari. Caranya dengan menggaulkan ikan itu dengan nasi sejuk dan sedikit garam. Pada keesokannya basuhlah ikan itu dan masak seperti biasa.

Oleh, Halimaton Saadiah Haji Zain, Kuantan Pahang.

Melentikkan Bulu Mata Bayi

Untuk melentikkan bulu mata bayi, setiap kali selepas menyusukan bayi anda, sapukan susu ibu ke bulu matanya. Anda akan dapati bulu mata bayi anda akan menjadi bertambah lebat, lentik dan cantik.

Menghilangkan sakit Mata

Sekiranya anda mengalami sakit mata (merah tu..) tentunya anda akan merasa rimas dan tidak selesa. Untuk menghilangkannya titiskan susu ibu ke dalam mata 2-3 titik sekerap yang mungkin dengan menggunakan sudu. Insya-Allah, sakit mata merah akan beransur pulih. Cubalah..

Mencantikkan Kulit Janin

Amalkan meminum air kelapa sewaktu mengandung agar anak yang bakal lahir nanti mempunyai kulit yang putih dan halus serta terhindar dari mendapat ruam lampin.

Mengelakkan Lipas

Ambil beberapa helai daun pandan dan letakkan di tempat kegemaran lipas seperti almari pakaian dan ceruk-ceruk dapur. apabila daun pandan itu sudah layu, gantikannya dengan daun-daun baru.

Menghalau Semut

Masukkan beberapa batang kulit kayu manis dan bunga cengkih ke dalam bekas berisi gula.