Bersalin Mudah & Bayi Sihat dengan Salindah

Bagi wanita, kehamilan atau mengandung adalah suatu pengalaman yang tidak sama dengan pengalaman-pengalaman lain yang pernah dilalui, terutamanya wanita yang mengandung untuk kali pertama. Ada yang tersangat gembira dengan berita kehamilan itu dan ada pula yang menjadi bimbang dan cemas terutamanya bila menjelang waktu-waktu hampir melahirkan anak. Ini berlaku kerana mungkin bakal ibu ini pernah mendengar pelbagai khabar bagaimana susahnya untuk melahirkan anak.

Setelah menyedari masalah yang dihadapi kaum wanita semasa mengandung, Prof. Dr. Azizan bin Hj. Ismail telah mengkaji secara mendalammengenai kehamilan dari semua aspek dan kemudian berusaha menghasilkan suatu rencana makanan jagaan rawatan ibu dan anak yang dikandung. Dengan adanya rencana makanan ini, maka kaum wanita dapata melalui zaman kehamilan dan dapat melahirkan anak dengan aman tenteram, jauh daripada rasa takut, cemas dan bimbang, terhindar daripada aneka rupa masalah waktu mengandung, semasa bersalin dan selepas bersalin. Dengan itu mengandung dan bersalin akan menjadi suatu pengalaman yang dapat dinikmati. Rencana makanan jagaan dan rawatan kehamilan ini telah banyak berbakti kepada kaum ibu, dan telah mendapat sanjungan di kalangan ibu dan para doktor, bukan hanya dari dalam Malaysia malah juga oleh mereka dari luar negara. Prof. Dr. Azizan menamakan rencana jagaan dan rawatan kehamilan ini sebagai SALINDAH.

Set Sebelum Bersalin:

B1 : Membantu melegakan deman panas, selsema batuk ,bengkak sendi, sakit kepala, dan menambah darah bagi orang yang pucat.

B2 : Membantu mengatasi masalah kurang selera , menambahkan darah dan sakit tulang. Ia juga boleh diamalkan sebagai rencana pemakan tambahan bagi wanita yang sudah menaglami menopaus untuk masalah kereputan tulang .

B3 : Membantu mengatasi masalah sukar untuk tidur , pelupa malas dan perasaan takut – takut.

B4 : Membantu wanita mengatasi maslah meroyan lama, senggugut dan sakit kepala berdenyut.

B6 : Membantu mengatasi bengkak sendi, sengugut, penyakit keputihan(lukorea) dan memulas dalam perut.

Set Selepas Bersalin:

L7 : Luka, calar – dibuat basuhan dan kompres.

L8 : Sakit kepala, deman garing, bisul, sakit bila menelan, bisul sedang menjadi, sakit mata merah, sakit gigi berdenyut, bengkak-bengkak merah, darah hidung, merancau dan menjerit.

L9 : Lebam, terpukul, kesan terkehel, bisul, lemah badan, sakit pinggang, sakit kesan angkat berat, mulut/nafas berbau, letih lesu, tambah tenaga, hidung berdarah,cirit berdarah memulas, suara parau banyak bercakap dan mimpi gerun kisah kematian.

L10 : Kekuatan gigi longgar, kuatkan umbi rambut dan kulit pecah.

L11 : Boleh digunakan sebagai tonik biasa untuk sesisi keluarga.

L12 : Berfungsi untuk menjaga kesihatan ibu bersalin agar sentiasa sihat; mengembalikan kekuatan, memulihkan alat pengkelamian dan menimbulkan kesegaran.