Marah; Perkembangan Kanak-kanak Kawal Diri

KANAK-KANAK tidak mampu menahan pergolakan emosi. Oleh itu, apabila dia marah, kecewa atau putus asa, dia akan meluahkannya dengan menangis, menjerit atau menghentak-hentak kaki.

Sebenarnya apa yang dilakukan kanak-kanak itu adalah sebahagian daripada perkembangannya untuk mengawal diri sendiri. Malah, mereka akan bersikap marah-marah (tantrums) ketika berusia antara setahun hingga tiga tahun, tetapi menjelang usia empat tahun, sikap mereka yang suka marah dan meradang akan berhenti dengan sendirinya.

Menurut Akademi Pediatrik Amerika, kanak-kanak dalam usia setahun hingga tiga tahun sebenarnya sibuk mempelajari pelbagai perkara mengenai dunianya. Dia juga sangat bersemangat untuk mengawal semua perkara. READ MORE..

Mengenai Wanita & Kubur

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang
yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan
hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa
orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah men! catatkan baginya
setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000
kejahatan. READ MORE..

Pakaian Terkena Cat

Rendamkan pakaian dengan minyak tanah terlebih dahulu. Biarkan beberapa jam, kemudian cuci dengan air sabun. Bilas seperti biasa.

Elak Bekas Dari Berbau

Bekas menyimpan makanan yang terlalu lama digunakan akan meninggalkan bau yang tidak enak. Atasinya dengan merendamkan beberapa helai suratkhabar di dalam bekas tersebut dan biarkan selama dua hingga tiga jam. Bau tersebut akan diserap oleh kertas tadi dan bekas tidak lagi berbau.

Barang Tembaga Kembali Bersinar

Ambil kulit nanas dan campurkan dengan pasir. Gosokkan pada barang tembaga tersebut. Selepas itu jirus dengan air bersih. Hasilnya ia lebih berkilat dan berkilau.

Jika Terlekat Tulang

Celupkan jari ke dalam madu lebah. Dengan berselawat sebanyak tiga kali, masukkan jari ke dalam mulut dan hisap jari itu perlahan-lahan. InsyaAllah tulang yang terlekat akan keluar dengan mudah.

Buang Kerak di Kepala Bayi

Ambil segenggam kelapa parut yang dicampurkan dengan dua atau tiga ketul garam kasar. Masukkan ke dalam kain perca dan ikat kemas. Ramas sedikit sehingga keluar santan. Setelah itu sapulah di atas kepala bayi dan biarkan seketika. Bukan sahaja kerak akan hilang tetapi rambut bayi akan lebat dan hitam.

Kulit Pisang Sebagai Losyen

Cuci kulit pisang masak dan potong kepada kepingan kecil. Masukkan ke dalam setengah cawan susu segar dan kisarsehingga sebati. Simpan ramuan ini ke dalam botol dan sejukkannya. Gunakan sebagai losyen untuk menyegarkan kulit kering atau bertompok.