Soalan tentang Nabi Muhammad SAW
April 24th, 2009 at 9:51 am (Petua Masyarakat)
1. Bilakah nabi Muhammad s.a.w dilahirkan?
Jawapan – 12 Rabiul Awal Tahun Gajah
2. Siapakah nama ibu dan bapa nabi?
Jawapan;ibu =Aminah bt Wahab bin Abdumanaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah
Bapa = Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim bin Abdumanaf bin Qushai bin Kilab bin Murrah
3. Bilakah bapa nabi meninggal dunia?
Jawapan; ketika nabi berusia 2 bulan dalam kandungan ibunya
4. Dimanakah ibu nabi wafat dan dikebumikan?
Jawapan; Abwa’ (sebuah desa antara Madinah dan Juhfah)
5. Ibu Nabi meninggal dunia ketika nabi berusia berapa tahun?
Jawapan; 6 tahun
6. Nabi diberi nama oleh datuknya dengan nama MUHAMMAD, apakah maksud Muhammad?
Jawapan; yang terpuji
7. Siapakah nama datuk nabi yang memeliharanya setelah kematian ibunya?
Jawapan; Abdul Muthalib
8. Datuk Nabi meninggal dunia ketika nabi berusia berapa tahun?
Jawapan; 8 tahun
9. Nabi telah dihantar ke perkampungan Bani Saad untuk disusukan kepada wanita desa. Siapakah nama ibu susuan nabi s.a.w?
Jawapan; Suwaibah al-aslamiyah dan Halimatus Saadiah
10. Berapa lamakah nabi dijaga oleh ibu susuan di perkampungan bani Saad?
Jawapan; sehingga nabi berumur 5 tahun
11. Siapakah nama bapa saudara yang menjaga Nabi setelah kematian datuknya?
Jawapan; Abu Thalib
12. Ketika nabi masih remaja, baginda telah bekerja mengambil upah sebagai pengembala binatang ternakan. Apakah binatang tersebut?
Jawapan; kambing
13. Nabi pernah membawa barang dagangan Siti Khadijah untuk berniaga di Syam bersama dengan pembantu Siti Khadijah. Siapakah nama pembantu Siti Khadijah tersebut?
Jawapan; Maisarah
14. Pada usia berapakah Nabi dan Khadijah diijabkabulkan/berkahwin?
Jawapan; nabi =25 tahun , Khadijah = 40 tahun
15. Berapakah usia nabi ketika diangkat sebagai rasul?
Jawapan; 40 tahun
16. Apakah ayat al-Quran yang pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w?
Jawapan; Iqra’
17. Di awal Islam, Nabi telah berdakwah secara sembunyi-sembunyi. Dimanakah markaz/pusat dakwah tersebut?
Jawapan; di rumah Arqam bin Abi Al-Arqam
18. Berapa lamakah nabi berdakwah secara sembunyi-sembunyi?
Jawapan; 3 tahun
19. Siapakah orang yang mula-mula masuk Islam sepanjang dakwah nabi secara sembunyi-sembunyi?
Jawapan;
Khadijah – isteri Nabi
Ali bin Abi Thalib – sepupu nabi
Zaid bin Harithah – hamba nabi kemudian jadi anak angkat nabi
Abu Bakar As-Siddiq – kawan karib nabi
Uthman bin Affan
Zubair bin Awwam
Sa’ad bin Abi Waqas
Abdul Rahman bin ‘Auf
Thalhah bin ‘Ubaidillah
Abu ‘ubaidillah bin Jarrah
Arqam bin Abi al-Arqam
Fatimah bt Khattab (adik Umar al-Khattab) dan suaminya Said bin Zaid al-‘Adawi
20. Berapakah usia nabi ketika wafat?
Jawapan; 63 tahun
21. Tentera bergajah telah dimusnahkan oleh Allah dengan dikirimkan burung apa?
Jawapan; Burung Ababil
Bhgn II
1. Bilakah tarikh nabi Muhammad s.a.w dilahirkan mengikut kalendar masehi?
-jawapan – 20 april 571M
2. Apakah peristiwa yang berlaku sebagai tanda sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w?
Jawapan; api sembahan Agama Majusi di Rom terpadam
3. Kenapakah tahun kelahiran nabi digelar sebagai tahun gajah?
Jawapan; kerana pada tahun berkenaan tentera bergajah yang diketuai oleh Abrahah menyerang dan mahu meruntuhkan Kaabah. Tetapi tentera tersebut dihancurkan oleh Allah dengan burung Ababil..
4. Ketika Nabi berusia 12 tahun, Abu Thalib membawa nabi bersama dalam urusan perdagangan ke Syam. Ketika itu, Pendeta Nasrani yang alim, telah berjumpa dan menasihati Abu Thalib supaya menjaga dengan baik dan membawa pulang segera Nabi Muhammad s.a.w kerana dikhuatiri akan dibunuh oleh orang yahudi? Siapakah nama pendeta Nasrani tersebut?
Jawapan; Buhaira
5. Ketika Nabi berusia 15 tahun, peperangan antara Quraisy dan Qais ‘Ailan yang berlaku pada bulan Zulqaedah. Menurut pandangan bangsa Arab pada masa itu, peperangan adalah dilarang pada bulan zulqaedah kerana ia adalah bulan suci. Apakah nama peperangan tersebut?
Jawapan; Harbul Fijar (peperangan mencemar kesucian)
6. Semenjak kematian Abdul Muthalib, pemimpin-pemimpin Quraisy telah bersumpah akan bersatu dan bersama dalam menangani kes-kes di kota Mekah supaya tiada seorangpun yang akan teraniaya. Aku janji dan sumpah tersebut telah dilakukan di rumah Abdullah Bin Juda’an ketika nabi berusia belasan tahun. Mengikut sejarah, apakah nama sumpah tersebut?
Jawapan; Halful Fudhul
7. Seramai 13 orang yang telah menjadi isteri kepada nabi Muhammad s.a.w. Sebutkan empat sahaja daripada isteri baginda.
Jawapan;
1- Khadijah Bt Khuwailid
2- Saudah Bt Zam’ah
3- Aisyah
4- Zainab Bt Khuzaimah
5- Hafsah
6- Ummu Salamah
7- Zainab Bt Jahsyi
8- Raihanah
9- Juwairiyah
10- Syafiah
11- Ummu Habibah
12- Mariyah Qibtiyah
13- Maimunah
8. Nabi Muhammad s.a.w mempunyai tujuh orang anak. Sebutkan tiga sahaja nama anak Nabi Muhammad s.a.w?
Jawapan; Qasim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah, Zainab, Ummi Kalthum, Rukiyah,
9. Bilakah tarikh Nabi Muhammad s.a.w wafat?
Jawapan; Isnin, 12 Rabiul Awal tahun 11 hijrah / 8 Jun 632 Masehi – usia 63 tahun
10. Nabi semasa sejak kecil telah digelar al-Amin, apakah maksud al-amin?
Jawapan; seorang yang jujur dan amanah/orang yang dapat dipercayai
11. Sebelum diangkat sebagai rasul, Nabi ber’uzlah (bertahanus) untuk beribadat dan berzikir kepada Allah s.w.t selama sebulan. Dimanakah Nabi ber’uzlah?
Jawapan; Gua Hira (di Jabal Nur)
12. Pada tahun ke 10 baginda diutus sebagai rasul, ada dua musibah yang besar telah menimpa baginda. Dalam sejarah, tahun tersebut digelar sebagai ‘Aamul Huzni’ iaitu Tahun Kesedihan. Apakah dua musibah tersebut yang menimpa Nabi?
Jawapan; Kematian Abu Thalib
Kewafatan Isteri nabi; Siti Khadijah
13. Setahun selepas tahun kesedihan, nabi dihiburkan dengan mukjizat yang besar dan pada ketika itu, diwajibkan solat lima waktu sehari semalam. Apakah nama peristiwa tersebut?
Jawapan; Isra’ Mikraj














Random said,
August 20th, 2009 at 8:51 am
Nice:( Noob
Like or Dislike :
0
0
Random said,
August 20th, 2009 at 8:52 am
u suck noob/nub
Like or Dislike :
0
0
iez said,
October 2nd, 2009 at 12:10 pm
Nabi Muhammad S.A.W adalah semulia-mulia insan…
Like or Dislike :
0
0
ayg said,
October 26th, 2009 at 8:30 pm
rasulullah s.a.w pemimpin contoh terbaik umat
Like or Dislike :
0
0
To Random said,
December 6th, 2009 at 4:37 pm
ni bukan noob posting. blum tntu org igt bnde2 ni. sejarah epl bleh igt, sejarah nabi hampeh..
Like or Dislike :
0
0
mad said,
December 12th, 2009 at 3:06 pm
siapa nama nabi muhammad sebelum menjadi nabi dan rasul
Like or Dislike :
0
0
mad said,
December 12th, 2009 at 3:08 pm
siapa nama nabi muhammad sebelum menjadi rasul
Like or Dislike :
0
0
mad said,
December 12th, 2009 at 3:09 pm
siapa “muhammad” kekasih allah
Like or Dislike :
0
0
Hanis said,
March 5th, 2010 at 11:38 pm
Rasulullah menerima wahyu pertama pada malam?
Like or Dislike :
0
0
muiz said,
April 20th, 2010 at 11:33 pm
siapakah saudara Khadijah binti Khuwailid yg memberitahunya tanda seorang nabi akhir zaman?
Like or Dislike :
0
0
syazana said,
June 28th, 2010 at 4:44 pm
kat mane nabi lahir dan ape mukjizat nabi?
Like or Dislike :
0
0
Emmy said,
August 21st, 2010 at 6:16 am
(1) Tempat Maulidur Rasul bersebelahan Masjidil Haram,
sekira2 beberapa meter sahaja jarak jauhnya dari Kaabah .
Tetapi bangunan asal ditapak tersebut telah diruntoh oleh
Saudi Wahabbi, lalu dibangunkan sebuah bangunan Library.
(2) Mukjizat Nabi SAW tiada terhingga banyaknya. Tetapi yg
paling utama itulah Kitab Suci Al-Quran sebagai Mukjizat yg
kekal sepanjang zaman. Sehinggalah akan bangkitnya satu
lagi Mukjizat Nabi yg terakhir, yaitu dari sulbinya Nasabnya
dari kalangan Ahlul Bait akan munculnya Muhammad Ke2,
yaitulah Imam Mahdi sebagai Khalifah Akhir Zaman….
Allahu’alam….
Like or Dislike :
0
0
single animax'z said,
November 24th, 2010 at 8:16 pm
best nota nie…..
Like or Dislike :
0
0
nurhanis said,
February 13th, 2011 at 1:13 pm
siapakah nenek nama nabi??
Like or Dislike :
0
0
aina said,
February 13th, 2011 at 8:14 pm
apakah nama raja yang menyokong perkembangan islam ?
Like or Dislike :
0
0
aina said,
February 13th, 2011 at 8:14 pm
apakah nama masjid yang pertama dibina dalam islam ?
Like or Dislike :
0
0
aina said,
February 13th, 2011 at 8:39 pm
apakah nama raja yang menyokong perkembangan islam?
Like or Dislike :
0
0
umatNya said,
February 15th, 2011 at 1:17 am
minta share ye,terima kasih moga diredhai allah
Like or Dislike :
0
0
yusuff said,
February 20th, 2011 at 8:02 pm
apakah harta yang ditinggalkan oleh bapa nabi muhammad s.a.w ?
Like or Dislike :
0
0
khairunnisa said,
February 23rd, 2011 at 8:35 pm
apakah keturunan isteri nabi muhammad
Like or Dislike :
0
0
yus ellyana said,
May 6th, 2011 at 9:31 pm
terima kasih ye..
Like or Dislike :
0
0
khairul ariffin aliuddin said,
May 19th, 2011 at 2:12 pm
Saya berbangga kerna tarikh lahir nabi MUHAMMAD SAW sama dengan saya
Like or Dislike :
0
0
elfan said,
November 18th, 2011 at 8:55 am
APAKAH ADA ‘KETURUNAN’ AHLUL BAIT?
Dlm Al Quran yang menyebut ‘ahlulbait’, rasanya ada 3 (tiga) ayat dan 3 surat.
1. QS. 11:73: Para Malaikat itu berkata: “Apakah kamu merasa heran tentang ketetapan Allah? (Itu adalah) rahmat Allah dan keberkatan-Nya, dicurahkan atas kamu, hai ahlulbait. Sesungguhnya Allah Maha Terpuji lagi Maha Pemurah”.
Ayat ini jika dikaitkan dengan ayat sebelumnya, maka makna ‘ahlulbait’ adalah terdiri dari isteri dari Nabi Ibrahim.
2. QS. 28:12: Dan Kami cegah Musa dari menyusu kepada perempuan-perempuan yang mau menyusukan(nya) sebelum itu; maka berkatalah Saudara Musa: ‘Maukahkamu aku tunjukkan kepadamu ‘ahlulbait’ yang akan memeliharanya untukmu, dan mereka dapat berlaku baik kepadanya?
Ayat ini jika dikaitkan dengan ayat sebelumnya, maka makna ‘ahlulbait’ adalah meliputi Ibu kandung Nabi Musa As. atau ya Saudara kandung Nabi Musa As.
3. QS. 33:33: “…Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu ‘ahlulbait’ dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya”.
Ayat ini jika dikaitkan dengan ayat sebelumnya QS. 33: 28, 30 dan 32, maka makna para ahlulbait adalah para isteri Nabi Muhammad SAW.
Sedangkan ditinjau dari sesudah ayat 33 yakni QS. 33:34, 37 dan 40 maka penggambaran ahlulbaitnya mencakup keluarga besar Nabi Muhammad SAW. para isteri dan anak-anak beliau.
Jika kita kaitkan dengan makna ketiga ayat di atas dan bukan hanya QS. 33:33, maka lingkup ahlul bait tersebut sifatnya menjadi universal terdiri dari:
1. Kedua orang tua Saidina Muhammad SAW, sayangnya kedua orang tua beliau ini disaat Saidina Muhammad SAW diangkat sbg ‘nabi’ dan rasul sudah meninggal terlebih dahulu.
2. Saudara kandung Saidina Muhammad SAW, tapi sayangnya saudara kandung beliau ini, tak ada karena beliau ‘anak tunggal’ dari Bapak Abdullah dengan Ibu Aminah.
3. Isteri-isteri beliau.
4. Anak-anak beliau baik perempuan maupun laki-laki. Khusus anak lelaki beliau yang berhak menurunkan ‘nasab’-nya, sayangnya tak ada yang hidup sampai anaknya dewasa, sehingga anak lelakinya tak meninggalkan keturunan.
Seandainya ada anak lelaki beliau yang berkeluarga, dan ada anak lelaki pula, wah masalah pewaris tahta ‘ahlul bait’ akan semakin seru dan hebat.
Mungkin inilah salah satu mukjizat atau hikmah, mengapa Saidina Nabi Muhammad SAW tak diberi oleh Allah SWT anak lelaki sampai usianya dewasa dan berketurunan?. Pasti, perebutan waris tahta ahlul baitnya akan semakin dahsyat.
Bagaimana tentang pewaris tahta ‘ahlul bait’ dari Bunda Fatimah?. Ya jika merujuk pada QS. 33:4-5 sbb.:
Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya; dan Dia tidak menjadikan istri-istrimu yang kamu zhihar itu sebagai ibumu, dan Dia tidak menjadikan anak-anak angkatmu sebagai anak kandungmu (sendiri). Yang demikian itu hanyalah perkataanmu di mulutmu saja. Dan Allah mengatakan yang sebenarnya dan Dia menunjukkan jalan (yang benar).
Panggillah mereka (anak-anak angkat itu) dengan (memakai) nama bapak-bapak mereka; itulah yang lebih adil pada sisi Allah, dan jika kamu tidak mengetahui bapak-bapak mereka, maka (panggillah mereka sebagai) saudara-saudaramu seagama dan maula-maulamu. Dan tidak ada dosa atasmu terhadap apa yang kamu khilaf padanya, tetapi (yang ada dosanya) apa yang disengaja oleh hatimu. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang [QS. 33:4-5]
jelas bahwa Islam tidaklah mengambil garis nasab dari perempuan kecuali bagi Nabi Isa Al Masih yakni bin Maryam. Lalu, apakah anak-anak Bunda Fatimah dengan Saidina Ali boleh kita anggap bernasabkan kepada nasabnya Bunda Fatimah?. ya jika merujuk pada Al Quran maka anak Bunda Fatimah dengan Saidina Ali tidaklah bisa mewariskan nasab Saidina Muhammad SAW.
Kesimpulan dari tulisan di atas, maka pewaris tahta ‘ahlul bait’ yang terakhir hanya tinggal bunda Fatimah. Berarti anaknya Saidina Hasan dan Husein bukanlah pewaris tahta AHLUL BAIT.
Ya jika Saidina Hasan dan Husein saja bukan Ahlul Bait, pastilah anak-anaknya dan keturunan berikutnya otomatis bukan pewaris Ahlul Bait, mereka murni adalah bernasab pada Saidina Ali bin Abi Thalib.
Dengan demikian sudah waktunya kita menutup debat, perbincangan dan perebutan masalah keturunan Ahlul Bait ini. Fihak-fihak baik kelompok sunni, habaib maupun kelompok syiah yang juga ada habaibnya selama ini saling mengklaim bahwa mereka adalah yang berhak atas keturunan ahlul bait itu. Sebenarnya mereka kedua kelompok tersebut tidak ada haknya sebagai pewaris ahlul bait. Akibatnya pertaringan dua kelompok besar ini adalah menimbulkan adanya peruncingan hubungan sesama Muslim.
Like or Dislike :
0
0
Nada said,
December 5th, 2011 at 8:30 pm
siapakah yang paling baik di mata Nabi Muhammad SAW ?
Like or Dislike :
0
0
elfan said,
December 7th, 2011 at 11:11 am
Benarkah Habib itu keturunan Nabi SAW? Masih Diragukan !
Sabtu, 5 Nov 2011 01:53 WIB
CHICAGO,RIMANEWS- Cendekiawan Muslim dari Paramadina, A.Mun’im Sirry MA, kandidat PhD di University of Chicago, AS mempertanyakan bahwa Apakah mereka yang mengaku sayyid atau habib itu betul-betul keturuan Baginda Nabi?
Menurutnya, Dalam studi yg dilakukan sejumlah ahli genetika, sebagian besar orang yang mengaku ngaku sayyid itu sebenarnya bukan keturunan Nabi. M.R. Rafiee, A. Sokhansanj, Naghizadeh dan Farazmand melakukan uji DNA di Iran sementara Elise Belle, Saima Shah, Tudor Parfitt dan Mark Thomas di India-Pakistan.
Hasil penelitian mereka sama: Mereka yang mengaku sayyid atau habib itu bukan keturunan Nabi. Lho, kalau di Iran dan India-Subcontinent saja tidak benar, bagaimana dgn orang-orang mengaku sayyid dan habib di Indonesia? Jelasnya, sayyid dan habib itu adalah konstruk sosial utk tujuan kehormatan dan legitimasi.
Dalam kesempatan lain, Munim Sirry menyingkapkan bahwa banyak ulama dan intelektual Muslim mengagumi reformasi dalam Kristen, hingga ada yang menyebut mereka itu “Muslim Luther.” Tapi, kekaguman Muhammad ‘Abduh terhadap reformasi Kristen melebihi ulama-ulama lain. ‘Abduh dgn sangat gamblang menuturkan kekagumannya dalam Risala al-tawhid-nya yang sudah menjadi klasik itu. Beliau mengatakan, misalnya, bahwa Kristen-nya para reformer itu sudah sangat dekat dgn Islam.
Bahkan, katanya dalam facebook lebih lanjut, agama mereka itu tdk ada bedanya dgn agama yang dibawa Nabi Muhammad kecuali beda nama. Termasuk dalam hal ibadah, kata ‘Abduh, hanya beda dalam bentuk, bukan substansi. Saya tdk tahu, apakah ada ulama yang membuat pengakuan lebih gamblang dan tegas dari mufti besar ini, bahkan dari aktivis-aktivis lintas agama sekarang.
http://rimanews.com/read/20111105/45824/benarkah-habib-itu-keturunan-nabi-saw-masih-diragukan
Like or Dislike :
0
0
syaid said,
February 3rd, 2012 at 5:57 pm
bilakah tarikh nabi muhammad menjadi rasul
Like or Dislike :
0
0
amin said,
March 4th, 2012 at 11:25 am
dimanakah nabi muhammad berdakwah secara sulit
Like or Dislike :
0
0
nurul said,
January 19th, 2013 at 10:00 pm
pada usia berapakah siti aminah(bonda rasuluallah) wafat ?
Like or Dislike :
0
0
Faridah Ida said,
March 10th, 2013 at 6:21 am
it's true
Like or Dislike :
0
0