Maafkan Cikgu

Cerita ini boleh kita jadikan iktibar dan petua untuk lembutkan hati kita untuk kebaikan bersama.

Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.

Ceritanya:
Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.
READ MORE..

Puasa Si Miskin

Sekadar renungan…. buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun;

“Mana emak? ”
“Mak pergi menoreh,” jawabnya.
“Mana bapak?”
“Bapak pergi kerja…”
“Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?” Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
“Adik ini sayalah yang jaga.” Jawab budak berkenaan.
READ MORE..

Jika Kereta Terhumban Dalam Sungai

Jam 0130, 17 Ogos 2009, aku dalam perjalanan pulang ke Bukit Tunku selepas
supper bersama rakan di Kg. Baru.. Setiba di Jalan Kinabalu, ada sebuah
kereta menghimpit aku di sebelah kiri.. Aku cuba mengelak ke kanan dan
terlanggar pembahagi jalan di sebelah kanan lalu kereta aku tercampak
perlahan ke kiri jalan dengan keadaan tayar belakang over steer.. Untuk
mengawal kereta dari terus berpusing, aku pun tekan la pedal minyak.. Oleh
kerana jalan licin, tayar depan aku spin lalu tercampak dengan lajunya ke
dalam Sungai Klang..
READ MORE..