Jika Kereta Terhumban Dalam Sungai

Jam 0130, 17 Ogos 2009, aku dalam perjalanan pulang ke Bukit Tunku selepas
supper bersama rakan di Kg. Baru.. Setiba di Jalan Kinabalu, ada sebuah
kereta menghimpit aku di sebelah kiri.. Aku cuba mengelak ke kanan dan
terlanggar pembahagi jalan di sebelah kanan lalu kereta aku tercampak
perlahan ke kiri jalan dengan keadaan tayar belakang over steer.. Untuk
mengawal kereta dari terus berpusing, aku pun tekan la pedal minyak.. Oleh
kerana jalan licin, tayar depan aku spin lalu tercampak dengan lajunya ke
dalam Sungai Klang..

Dengan berbekalkan ilmu yang aku pelajari dari Discovery Channel, aku
sempat membuka pintu sebelum kereta aku masuk ke dalam sungai.. Air masuk
ke dalam kereta dengan lajunya kerana paras air sungai yang tinggi
disebabkan hujan pada petang tersebut.. Cabut seat belt, aku terus
pecahkan cermin sebelah driver untuk mengurangkan tekanan yang menghimpit
pintu sebelah driver sambil membuka pintu dan terus berenang ke luar
kereta melawan arus sungai yang agak deras…

Aku selamat.. Cuma cedera ringan di tangan, siku, bahu, dahi, tengkuk dan
juga peha.. Syukur.. Nak kena bertaubat ni..

Kereta aku mungkin total lost coz chassis dah lari habis.. Pillar dah
bengkok..

Aku bersyukur masih selamat.. Banyak kebarangkalian yang tidak berlaku
yang mungkin akan menyebabkan kematian aku seperti short circuit masa aku
masih dalam kereta atau kereta aku hentam konkrit yang kat tepi sungai
tu.. syukur…

Berkongsi ilmu sikit,

Kalau kereta dah nak masuk air, cepat-cepat buka pintu dan tingkap….
Macam kes aku, aku sempat buka pintu je.. Tapi bila dah jatuh, pintu tu
tertutup balik.. Tapi tak rapat la.. Even tak rapat pun, aku masih susah
nak buka balik disebabkan tekanan air yang kuat.. Aku kena pecahkan cermin
tingkap sebelah aku untuk kurangkan tekanan air dan buka pintu.. Tekanan
masih kuat masa tu tapi tidak la sekuat kalau tingkap tak buka.. Aku cuma
mampu buka pintu sikit je, muat-muat badan aku nak keluar..

JANGAN TANGGALKAN SEAT BELT SEBELUM KERETA MENDARAT.. Ini penting.. Seat
belt memang akan menyusahkan anda keluar.. Lagi-lagi yang pakai harness
dan full bucket.. Tapi dalam kes aku, seat belt la yang selamatkan aku
dari terhumban ke cermin depan aku yang memang dah pecah.. Seat belt juga
la yang buatkan aku masih melekat kat seat.. Kalau tak pakai, aku rasa air
dah tolak aku kena kat body kereta dah, tak pun kena kat cermin depan yang
dah pecah..

Dah masuk dalam air, memang lemas.. Macam kes aku, lepas kereta dah
mendarat kat dasar sungai, air terus masuk sampai tenggelam kereta.. Takde
kesian dah.. Lemas camne pun, JANGAN GELABAH.. Mula memang aku gelabah..
Sebab aku gelabah la aku buang masa dalam 5 minit kat dalam kereta untuk
cabut seat belt.. Lepas 5 minit baru aku try tenangkan diri dan hasilnya,
aku dapat cabut seat belt senang je..

Dah cabut seat belt, cuba cari jalan keluar dari kereta secepat mungkin..
Macam kes aku, aku pecah cermin belah driver dan buka pintu.. Aku keluar
ikut pintu.. Kalau terpaksa pecah cermin, pecah pakai kaki.. Aku pecah
pakai tangan sebab aku dah tak fikir apa.. Akibatnya, aku mengalami
kesukaran untuk berenang sebab tangan aku pedih giler..

Dah keluar, JANGAN LEPAK ATAS BUMBUNG KERETA menunggu bantuan.. Berenang
secepat mungkin ke tebing.. Tak reti berenang pun, cuba juga berenang..
Berenang macam anjing pun takpe, asalkan berjaya jauhkan diri dari
kereta.. Kita tak tahu bila kereta akan meletup atau short circuit akan
berlaku.. Macam kes aku, aku tak berenang ke tebing.. Aku asyik fikir nak
selamatkan beg dan juga external drive office awek aku.. Pas dah keluar
kereta, aku hulur tangan kat boot untuk amik beg, kemudian baru aku
berenang ke tebing.. Nasib aku baik sebab tak jadi apa-apa.. Aku tak dapat
bayangkan kalau masa aku tengah sibuk nak tarik beg tu kereta aku short
atau terbakar.. Mahu rentung aku..

Itu sahaja yang mampu aku kongsi pengalaman.. Harap korang boleh ambil
masa baca apa yang aku taip ni untuk kegunaan kemudian hari.. Kita tak
mintak tapi takdir kita siapa yang tahu.. Yang paling penting, bawa kereta
berhati-hati dan ikut peraturan.. Nak mod kereta bagi laju boleh tapi biar
guna dengan cara yang betul.