Monday Blues

Hari ini bermulalah hari bekerja untuk kebanyakan orang di Malaysia dan seantero Dunia. Seringkali juga apabila bermulanya hari Isnin, satu fenomena yang akan melanda kebanyakan orang iaitu Blues hari Isnin (Monday Blues). Yang mengalami fenomena ini akan merasa malas untuk bangun dari tidur, mandi, bersiap dan pergi kerja. Mesti ramai yang mengalaminya, dulu aku pun salah seorang yang mengalami benda ni, tapi sejak setahun dua ini, dah tak layan Blues2 ni.

Kepada yang mengalami fenomena Blues hari Isnin ni, sebenarnya ada beberapa benda yang kita boleh lakukan untuk mengelakkan dari fenomena ini menimpa kita. Antaranya:

  • Panjangkan masa tidur anda dari kebiasaan-

    Anda masuk tidur seperti biasa ikut kebiasaan anda, namun begitu, bangun sedikit lewat, contohnya jika biasanya bangun pada pukul 6 pagi, cuba untuk bangun pada pukul 6.15 pagi.

  • Persiapan awal

    Untuk membolehkan anda bangun sedikit lewat pada pagi Isnin, pastikan persiapan yang biasanya dibuat pada pagi hari telah diselesaikan terlebih dahulu pada hari sebelumnya (hari Ahad).

  • Jangan lengahkan turun dari katil

    Apabila anda terjaga dari tidur pada pagi Isnin, jangan lengahkan turun dari katil kerana ianya akan membuatkan anda akan merasa lebih malas.

  • Sudahi mandian pagi dengan air sejuk

    Kalau anda seorang yang sudah biasa mandi air panas pada pagi hari, sudahi mandian anda dengan air sejuk, ini akan membuatkan diri anda lebih cergas disebabkan ingin cepat mengenakan pakaian disebabkan kesejukan tersebut.

  • Pancaran matahari

    Keluar dari rumah selepas bersiap, dan nikmati sinaran matahari pagi untuk memberitahu badan kita, bahawa hari sudah pagi.

  • Rancang hari Isnin anda pada hari Jumaat

    Untuk mengelakkan hari Isnin anda begitu serabut, pastikan anda mengemas meja anda sebelum meninggalkan tempat kerja pada hari Jumaat, dan elakkan dari tergesa-gesa meninggalkan meja, walaupun mungkin pada hari jumaat tersebut kita sudah terlalu tertekan dengan kerja dan hanya ingin meninggalkan tempat kerja secepat mungkin.

Itulah sedikit sebanyak tips yang boleh diamalkan untuk mengelakkan diri dari terkena fenomena Blues hari Isnin ini. Semoga selepas ini hari Isnin anda akan dimulakan dengan lebih bersemangat!