Google Adsense

Saya nak berkongsi sedikit petua buat side income dengan encik Google Inc. Ramai yang tahu tapi saya percaya masih ramai yang tidak tahu.. jadi sila2 bagus untuk student dan juga profesional2 yang nak tambah sumber pendapatan. :D

Apa itu Google adsense
Google Adsense adalah salah satu program advertising yang membolehkan
webmaster atau pemilik halaman atau blog memaparkan iklan yang dihantar oleh
pihak Google.

Program ini dicipta khusus untuk mempromosi kesemua iklan yang diterima oleh
google melalui program yang dipanggil Google adwords.

Berbeza dengan google adsense, Google adwords adalah satu program yang mana
pengiklan atau advertiser membayar google sejumlah wang yang telah ditetapkan
oleh pengiklan di dalam google adwords.

Seterusnya Google akan mengunakan wang yang diperolehi daripada advertiser ini
untuk dikongsikan bersama dengan pemilik akaun google adsense apabila iklan yang
diberi oleh advertiser ini di paparkan di website/blog mereka sama ada melalui Klik
atau pun melalui page impression.

Bagaimana Google adsense membayar anda
Google akan membayar anda apabila iklan dipaparkan di blog/halaman anda melalui
page impression, Klik dan juga melalui referral program yang buat oleh google.

Kebanyakan pendapatan melalui adsense datangnya dari Klik dari pelawat web anda
dan juga melalui program referral yang dibuat oleh google.
Berikut adalah kronologi yang anda akan tempuhi

  1. Apabila akaun adsense anda mencecah $10, anda akan dihantar PIN number ke alamat yang anda gunakan semasa proses pendaftaran.
  2. Gunakan PIN tersebut untuk membuang/release on-hold payment dari google
  3. Selepas mencapai $100 anda boleh membuat cash out sama ada melalui check atau Western Union cash

Bagaimana memohon akaun untuk google adsense

  • Daftar dahulu akaun email free di Gmail
  • Selepas itu, daftar akaun blog free di Blogger.com
  • Buat satu blog di Blogger.com dengan membuat 3-4 post dalam bahasa English. Cari content yang mempunyai nilai komersil
  • Kebiasaanya anda akan mendapat kelulusan 1-7 hari.

Membuat blog yang menghasilkan pendapatan kepada anda
Apabila akaun adsense anda diluluskan, anda perlu membuat satu blog baru. Saya
cadangkan anda guna perkhidmatan blog percuma iaitu Blogger.com. Buat satu blog
baru dan mula mencari apakah niche atau topik yang hendak anda guna. Salah satu
cara untuk anda mencari topik adalah dengan mengkaji trend terkini iaitu dengan
mengunakan google trend.

  1. http://www.google.com/trends
  2. http://www.google.com/press/zeitgeist.html

Setelah anda membuat analysis, anda boleh membuat ramalan, berapa kah nilai
adsense Klik yang anda akan dapat apabila memilih topik tertentu.

Untuk membuat ramalan nilai klik

  • https://adwords.google.com/select/KeywordToolExternal
    Layari keyword tool external
    dan masukkan kata kunci atau topik yang telah dipilih dari analysis anda
  • Masukkan Keyword atau topik di bahagian “Enter one keyword or phrase per
    line”
  • Masukan Picture character dan klik Get keyword ideas

Cadangan Layout untuk blog adsense.
Layout yang menarik sebenarnya memainkan peranan yang penting untuk
meningkatkan CTR atau Click Through Rate pelawat anda.

Mempromosikan Blog/website adsense anda
Salah satu kaedah yang saya hendak bincangkan di CDN ni adalah
berdasarkan teknik asas video marketing.

  • Download Video di youtube, cari video yang menarik. Anda boleh
    mengunakan tools seperti youtube downloader untuk mendownload video
    dari youtube.
  • Edit Video tersebut dengan mengunakan Perisian Video seperti Window
    movie maker, Ulead video studio dan sebagainya.
  • Jangan lupa letakkan url blog/website kita pada title video tersebut.. pandai2 lah
    buat title yg sesuai.. biasa dipermulaan dan akhir video tersebut.

Mempromosikan Video anda di youtube.
Berikut merupakan koleksi tips-tips yang telah saya buat sendiri

Tips # 1
Teknik ini khas untuk yang newbie dalam Video marketing di youtube. Mungkin
anda upload video ke youtube secara manual iaitu mengupload video satu per
satu. Sekiranya anda mempunyai 20 video yang hendak di upload ke youtube
sehari, maka anda perlu memasukkan satu per satu video tersebut sehinggalah
video yang ke 20.
Untuk menjimatkan masa, supaya anda boleh membuat kerja lain, anda boleh
mengunakan fungsi ini. http://youtube.com/my_videos_multiupload
Masukkan video, Title, desc, category etc..selepas itu klik upload…Sementara
menunggu kerja siap, anda boleh buat kerja lain

Tips # 2
Tip untuk mendapat View tinggi ala-ala blackhat
Bagaimana anda boleh mendapat view yang tinggi di Youtube.

  1. Cari Video yang mendapat Hit dan View tinggi di Main Page Youtube.
    Kalau boleh cari Video yang sama niche dengan Video yang anda hendak upload
  2. Selepas anda mengenal pasti video yang mendapat hit dan view yang tinggi,
    copy Title dan Tag Video tersebut. Simpan Title dan Tag ini Dahulu.
  3. Masukkan Title dan Tag yang sama yang anda dapat di Step 2, ke dalam
    Video yang anda hendak Upload. That it. Itu sahaja.

Logik berbuat demikian adalah selepas Video yang mendapat Hit dan View tinggi
tadi di view oleh viewer, maka akan muncullah video anda kerana Youtube akan
memaparkan Video yang RELATED dan SAMA keyword/ TAG/TITLE. Video
anda akan dipaparkan sama ada selepas Video tadi habis dipaparkan atau di
sidebar Youtube main page yang mana akan menunjukkan RELATED VIDEOS.