5 Sebab Lelaki Menangis

Lelaki terkenal dengan sikap ego yang tinggi. Walau dalam apa jua perbuatan, lelaki sememangnya ingin dilihat tampil tanjak dan bergaya. Namun, lelaki juga manusia biasa yang punya perasaan. Dan apabila perasaan mula mengemudi emosi, akhirnya gugurlah air mata jantan.

Tidak dinafikan, menangis sinonim dengan kaum Hawa. Namun, apabila kaum Adam pula yang menangis, lebih teruk jika teresak-esak tidak semua yang dapat menerima, terutama sekali bagi wanita. Ini pastinya membuatkan mereka terpinga dan tertanya apa yang membuatkan lelaki menangis dan bagaimana pula untuk menghadapinya?

Semua lelaki jika boleh ingin mengelak untuk menangis. Bagi mereka, menangis akan meruntuhkan dinding ego mereka, terutama sekali jika di hadapan kekasih hati. Namun, adakah salah seseorang lelaki untuk menangis?

Walaupun ia menjemput pelbagai anggapan klise seperti lembik, tidak sejati dan lain- lain, namun ada juga yang beranggapan lelaki menangis menyerlahkan satu sisi yang lain. Di sini disenaraikan antara lima punca utama lelaki mudah untuk menangis.

1. Kematian orang yang dicintai. Ya, lelaki sangat sukar untuk menangis, namun jika dia menghadapi momen perit seperti kematian, sudah pasti jasadnya tidak tertanggung menahan kesedihan.

2. Ketika bergelar ayah. Melihat zuriatnya bersama isteri yang dicintai sudah pasti meninggalkan kenangan manis di dalam hati sehingga air mata gembira mudah sekali mengalir.

3. Berjaya melamar kekasih hati. Ini juga antara saat-saat manis yang membuatkan lelaki mengalirkan air mata. Pada saat lamarannya diterima selepas bersusah payah menawan hati si dia.

4. Kegagalan. Dari sudut rumah tangga mahupun kerjaya. Setelah menemui jalan buntu dalam menyelamatkan daripada berakhir, lelaki mudah sekali untuk menangis.

5. Kesyukuran. Dan setelah segala penat jerih dilalui untuk mencapai sesuatu, jangan terkejut sekiranya lelaki mudah menggugurkan air matanya.

TIP BERHADAPAN LELAKI MENANGIS

• Tenangkan si dia. Anda boleh menenangkan dirinya dan berikan kata-kata semangat yang boleh mengujarkan dia semula.
• Jangan lekas buat andaian. Lelaki yang menangis tidak semestinya mereka tidak tulen. Terima keadaan dirinya seadanya.
• Jangan panik. Sekiranya kekasih anda sedang menangis, jangan menggelabah. Be natural dan stay cool.