May 28th, 2007
at 9:39 pm
(Petua Makanan)
Tahukah anda bahawa 1/4 hingga 1/2 vitamin C pada sayur hilang bila dijadikan puri? Berikut cara penyediaan sayur tanpa kehilangan banyak zat di dalamnya :
- Elakkan membasuh sayur atau memotong sayur sebelum anda benar-benar ingin memasaknya.
- Basuh sayur dengan cepat lebih baik daripada merendamnya.
- Gunakan pisau yang tajam ketika memotong sayur. Pemakaian pisau yang kurang tajam menyebabkan sayur lebam dan mengurangkan kandungan zat secara tidak langsung.
- Potong bahagian yang diperlukan dan mengandungi banyak zat sahaja. Misalnya ada sayur yang mempunyai zat paling banyak pada daunnya.
- Elakkan membuang kulit sayur seperti kentang sebelum direbus. Merebus kentang bersama kulitnya sekali dapat mengurangkan zat yang terkandung dalam sayur tersebut hilang. Walau bagaimanapun cara ini tidak sesuai untuk masakan yang hanya menggunakan kentang sebagai bahan tambahan.
- Masa cara stim lebih baik jika dibandingkan dengan merebus sayur. Cara stim dapat memastikan zat yang ada dalam sayuran tersebut tidak hilang dengan banyak. Jika sayur atau cara masakan anda hanya dengan langkah merebus, pastikan anda tidak merebus sayur itu hingga lembik.
- Elakkan memotong sayur kepada potongan kecil. Jika boleh, jangan potong sayur tersebut.
Oleh Nura Syaurah, Vista Pinggiran
4 Comments
May 28th, 2007
at 9:31 pm
(Petua Dapur)
Daging ayam adalah salah satu sumber protein yang penting untuk tubuh badan manusia. Oleh yang demikian, anda dan keluarga perlumakan daging ayam sekurang-kurangnya sekali seminggu.
Ketia memilih ayam di pasar, bebrapa petua boleh diikuti. Antaranya :
- Warna daging segar selalunya berwarna putih kekuningan.
- Warna lemak seharusnya putih kekuningan dan merasa di bawah kulit ayam.
- Bau daging segar, jika anda berbau yang kurang menyenangkan, lupakan saja niat untuk memiliki ayam tersebut.
- Apabila dagingnya ditekan, daging yang segar akan kembali ke bentuk asal. Berbanding dengan daging ayam yang tidak segar, kesan jari anda akan kelihatan untuk beberapa ketika sebelum kembalik ke bentuk asal.
- Tidak ada bekas lebam kecuali lebam akibat pendarahan ketika penyembelihan.
- Bagi ayam yang siap dipotong, pastikan daging yang melekat di tulang ayam itu padat.
- Kulit ayam perlu kelihatan cantik. Tidak kelihatan robek atau terlalu banyak kesan luka.
- Pastikan juga kulit ayam yang anda pilih bersih dari sebarang bulu halus. Selalunya bakteria mudah terkumpul pada bahagian ini. Oleh kerana itu, adalah baik jika anda membuang kulit ayam sebelum dimasak.
- Jangan beli ayam yang terlalu banyak patah tulang.
- Jika daging ayam yang anda pegang berlendir dan lembut, bermakna ia tidak lagi boleh dikategorikan sebagai daging ayam yang segar.
Oleh Nura Syaurah, Vista Pinggiran
Comments
May 28th, 2007
at 9:18 pm
(Petua Ibu & Bayi)
Bayi yang sihat dan tidak kuning memang impian semua ibu bapa. Jika sebaliknya berlaku, bayi mungkin perlu ditinggalkan di hospital untuk rawatan selanjutnya. Untuk mengelak masalah ini berlaku, anda perlu mengamalkan petua ini sebelum melahirkan bayi. Pada awal kehamilan, anda mesti makan sebiji kurma setiap hari sehingga keakhir kehamilan, InsyaAllah, anak anda tidak akan kuning. Petua ini sudah saya amalkan pada anak kesayangan. Sememangnya berhasil. Cubalah!
Oleh Rosnani Abd Rahman, Padang Serai Kedah
1 Comments
May 28th, 2007
at 9:12 pm
(Petua Ibu & Bayi)
Sekiranya anda dan suami berkulit gelap dan berambut hitam tentu anda fikir mustahil untuk mendapatkan anak yang berambut perang dan berkulit cerah. Jawapannya tidak! Petuanya ibu-ibu mengandung hendaklah memakan banyak sayur-sayuran hijau terutamanya sayur bayam. Selain itu jangan lupa makan telur ayam kampung.
Dahulu, sewaktu saya mengandung anak bongsu, saya mengamalkan petuai ini dan terbukti khasiatnya. Memang benar! Anak saya berkulit cerah dan berabut perang. Jika ibu-ibu mengandung diluar sana ingin mencuba pertua ini, amalkannya sehingga bayi dilahirkan. Apa yang anda hajati pasti akan termakbul.
Oleh Rebecca, Sg. Siput Perak
1 Comments
May 28th, 2007
at 9:04 pm
(Petua Awet Muda)
Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf a.s. Amalkan setiap pagi. InsyaAllah..
Oleh Lydiana Mohammed
Banyak kan memakan Ulam-ulaman dan selalu amalkan solat malam seperti Tahjud dsb…InsyaAllah wajah berseri dan nampak muda.
Tapi solat tu kenalah ikhlas…
Oleh Hasmah Baharun
22 Comments
May 28th, 2007
at 8:59 pm
(Petua Lelaki)
Apabila terjaga dari tidur, cuba lakukan “pumping” menggunakan siku anda sebanyak 10 kali. Lakukan setiap pagi dan anda akan merasa keberkesannya selepas 7 hari..dijamin berkesan.. selamat mencuba.
Oleh Lydiana Mohammed
37 Comments
May 28th, 2007
at 8:57 pm
(Petua Lelaki)
Gunakan minyak tanah campurkan dengan bawang putih dan tumbuk lalu lumurkan pada misai atau janggut.
Oleh Miyo_69
9 Comments
May 28th, 2007
at 8:56 pm
(Petua Lelaki)
Mungkin ada di antara kita yang menginginkan janggut, misai & jambang.. ambil putih telur dan sapukan di kawasan yg anda inginkan mengikut bentuk citarasa anda tersendiri.. amalkan setiap malam sebelum tidur selama seminggu berturut-turut. Insyaallah janggut, misai atau jambang yang anda ingini akan tumbuh dengan lebatnya.
Oleh Lan Al-Damanhouri Al_Labuani
33 Comments
May 28th, 2007
at 8:54 pm
(Petua Kaki)
Caranya, dapatkan limau atau pun timun. Guling/gelekkan buah tersebut pada kaki hingga ke tapak kaki.
Lakukan ketika anda santai atau berehat seperti tengah tengok tv. Selamat mencuba.
Oleh Sagi Girl
1 Comments
May 28th, 2007
at 8:46 pm
(Petua Kaki)
Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.
Oleh Lydiana Mohammed
2 Comments