Merawat Darah Tinggi
August 29th, 2007 at 9:18 pm (Petua Kesihatan)
Ambil seikat daun kucai, tumbuk hingga lumat. Kemudian perah sehingga keluar airnya. Ambil air itu dan minum setiap pagi. insyaAllah tekanan darah tinggi akan berkurangan.
August 29th, 2007 at 9:18 pm (Petua Kesihatan)
Ambil seikat daun kucai, tumbuk hingga lumat. Kemudian perah sehingga keluar airnya. Ambil air itu dan minum setiap pagi. insyaAllah tekanan darah tinggi akan berkurangan.
August 29th, 2007 at 9:14 pm (Petua Wanita)
Setiap wanita yang telah melahirkan anak, tentu mengalami masalah payudara yang kendur dan jatuh. Untuk mengatasi masalah ini, anda bolehlah mencuba petua untuk mendapatkan payudara yang segar, halus dan kulitnya anjal denganĀ memanaskan satu sudu minyak sapi. Setelah menjadi minyak, sapukan minyak ini ke payudara dan urut selama 15 minit. Selepas itu, lap dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam. Jika rajin mengamalkannya anda akan dapat merasai perubahannya.
August 29th, 2007 at 9:10 pm (Petua Dapur)
Rendam ulam selama beberapa minit dalam air yang telah dicampurkan dengan sedikit cuka dan perahan limau nipis. Biarkan seketika barulah diangkat. Ulam tetap segar dan rangup biarpun telah lama dibeli.
Oleh, Ruzila Mohd, Besut Terengganu.
August 29th, 2007 at 9:08 pm (Petua Dapur)
Kalau tiada peti sejuk atau kemungkinan bekalan elektrik di rumah anda terputus, ada cara untuk mengelakkan ikan menjadi busuk sekurang-kurangnya untuk tempoh sehari. Caranya dengan menggaulkan ikan itu dengan nasi sejuk dan sedikit garam. Pada keesokannya basuhlah ikan itu dan masak seperti biasa.
Oleh, Halimaton Saadiah Haji Zain, Kuantan Pahang.
August 19th, 2007 at 1:12 am (Petua Ibu & Bayi)
Untuk melentikkan bulu mata bayi, setiap kali selepas menyusukan bayi anda, sapukan susu ibu ke bulu matanya. Anda akan dapati bulu mata bayi anda akan menjadi bertambah lebat, lentik dan cantik.
August 19th, 2007 at 1:09 am (Petua Mata)
Sekiranya anda mengalami sakit mata (merah tu..) tentunya anda akan merasa rimas dan tidak selesa. Untuk menghilangkannya titiskan susu ibu ke dalam mata 2-3 titik sekerap yang mungkin dengan menggunakan sudu. Insya-Allah, sakit mata merah akan beransur pulih. Cubalah..
August 13th, 2007 at 12:08 am (Petua Ibu & Bayi)
Amalkan meminum air kelapa sewaktu mengandung agar anak yang bakal lahir nanti mempunyai kulit yang putih dan halus serta terhindar dari mendapat ruam lampin.
August 13th, 2007 at 12:06 am (Petua Dapur)
Ambil beberapa helai daun pandan dan letakkan di tempat kegemaran lipas seperti almari pakaian dan ceruk-ceruk dapur. apabila daun pandan itu sudah layu, gantikannya dengan daun-daun baru.
August 13th, 2007 at 12:04 am (Petua Dapur)
Masukkan beberapa batang kulit kayu manis dan bunga cengkih ke dalam bekas berisi gula.