Papa buat kat Mama boleh?

Terkedu…!!!! Itu saja satu perkataan yang mengambarkan perasaan aku saat aku mendengar kisah yang diceritakan teman. Aku tidak mampu untuk berkata, marah tak mampu aku zahirkan, tapi sedih yang teramat rasanya..

Kisahnya :
Nini bekerja disebuat pusat asuhan dikawasan elit yang kebanyakkannya didiami orang melayu dimana pusat asuhan yang menempatkan anak2 golongan bijak pandai dan dah tentunya juga berada. Pusat asuhan yang bagus, system yang teratur, disiplin yang baik. Malah bagusnya majikan Nini menerapkan nilai2 pendidikan Islam sedari kanak2 ini kecil lagi.

Dari peringkat bayi hinggalah prasekolah, terdapat lebih kurang 50 org semuanya anak2 jagaan mereka. Semua berjalan lancar hinggalah pada satu hari, mereka menerima seorang ahli baru, kanak2 lelaki berusia 4 tahun. Daniel namanya. Kecil tapi teserlah ketampanan wajahnya seiras wajah siayah. Di pusat asuhan itu juga ada seorang budak perempuan berusia lingkungan 3 tahun, Norish yang juga sangat comel dan cantik.

Kelihatan dari hari pertama, Daniel sudah mula tertarik untuk berkawan dengan Norish. Kemana Norish kesitulah Daniel mengekori. Apa pun aktiviti yang dilakukan Norish, Daniel pasti akan turut sama.

Di dlm pusat asuhan itu, bayi akan diletakkan satu bilik, kanak2 lelaki dan kanak2 perempuan juga akan diletakkan dibilik berasingan. Tiap hari selepas makan tengahari, mereka akan dikerahkan untuk tidur dan tentunya dalam bilik masing2.

Pada satu hari, Nini yang sedang memeriksa setiap bilik bagi memastikan tiada masalah telah terkejut kerana terlihat kelibat Daniel duduk disisi Norish yang sedang tidur sambil mengusap2 wajah nya. Nini segera mendapatkan mereka dan memujuk Daniel untuk pergi kebilik kanak2 lelaki dan tidur.

Esoknya waktu ada aktiviti bermain, Daniel kelihatan begitu rapat dan mesra kepada Norish, dibelainya rambut Norish dan diciumnya pipi Norish. Nini mula rasa pelik. Tapi merasakan itu sekadar biasa untuk kanak2 seusia, yang mungkin menunjukkan sayang, maklumlah kebiasan kita juga mencium kanak2.

Tengahari itu, sama seperti semalam, Daniel sekali lagi ke bilik Norish dan rupanya di berbaring sebelah Norish dan terlelap sama sambil tanggan nya memeluk Norish. Bila Nini kejutkan dia menangis kerana tidak mahu tidur dibilik kanak2 lelaki.

Kebetulan hari itu keluarga Norish lambat datang menjemput. Norish bermain2 dan seperti biasa Daniel adalah peneman yang setia. Kali ini dia agak bertindak luar biasa, memeluk dan membelai Norish. Nini seperti biasa akan menegah dan memisahkan pelukan itu.

Namun hari ini adalah kemuncak kepada apa yang selama ini menjadi tanda tanya kepada Nini..hari itu kebetulan hujan. Tiada aktiviti bermain diluar. Semua kanak2 bermain di dalam bangunan. Tapi tidak kelihatan Daniel mahupun Norish. Puas dicari kelibat mereka diserata bilik tapi tidak ketemu.

Akhirnya Nini separuh pengsan bila dia menolak pintu stor dibelakang dan terlihat Daniel yang berusia 4 tahun itu duduk dipeha Norish dan sedang mencium perut Norish sambil melondehkan seluarnya dan Norish sudah tidak berbaju Cuma yang tinggal seluar dalam!!!

Pantas Nini menjerit dan mengangkat Daniel sambil Norish menangis (mungkin terkejut kerana Nini menjerit, sebab sebelumya dia hanya diam). Norish segera dipakaikan baju dan Daniel juga segera di paksa memakai semula seluarnya.

Di bilik pengetua yang tenang dalam ribut. Daniel ditanya mengapa dia bertindak demikian dan dengarlah jawapannya

“Papa buat kat mama boleh, kata papa dan mama tu cara kita nak tunjuk kita sayang, kalau kita sayang kita buatlah macam tu!!!!!!!!!”

Segera keluarga Daniel dipanggil, pada mulanya mereka menafikan cerita Daniel, tapi bila Nini dan pengetua menceritakan perbuatan Daniel kepada Norish.. si ibu terkejut dan mula menangis sambil mengakui sebenarnya ini adalah pusat asuhan yang ke 3 mereka tukarkan Daniel. Tapi kejadian yg sama telah juga terjadi. Pengetua secara diplomasi menasihatkan mereka dan minta agar anak mereka dirujuk kepada pakar untuk mendapatkan rawatan.

Bapa Daniel agak ego dan tidak mahu menerima teguran dan agak sombong dengan mendakwa tidak ada apa silapannya tapi ibu Daniel mengaku bahawa Daniel pernah beberapa kali melihat mereka melakukan hubungan intim. Pada mulanya mereka agak kekok, tapi akhirnya merasakan tiada apa yg perlu dirisaukan kerana Daniel masih kecil, tapi rupanya kesan dari tindakkan itu telah merosakkan ‘jiwa’ Daniel. Apatah lagi dgn penjelasan yang salah.

Moral : sebagai ibubapa, tolonglah!! Usah risau dengan anak yang kurang mendengar kata2 kita kerana mereka lebih terdidik dari apa yang mereka lihat iaitu tingkah laku kita. Dalam islam juga ada garis panduan antara anak dan ibu bapa, batas aurat dan juga waktu bila yang boleh dan tidak anak2 untuk masuk kebilik ibubapa.

Anak2 sekarang bukan macam anak2 dahulu, mereka sangat pantas berfikir dan naluri ingin tahu lebih hebat, selaras dengan kemajuan dunia. Jadi tolonglah agar berhati2 dalam hal2 yang sebegini. Bila ketika dan waktu yang sepatutnya dan tidak sepatutnya mereka ketahui, supaya kisah seperti ini tidak berulang..

17 Comments »

  1. nn said,

    December 17th, 2009 at 12:37 pm

    haih. tulah. bahaya betul budak2 sekarang. mereka lagi cepat paham dari budak2 zaman 80an. huhuhu

  2. Guest said,

    December 20th, 2009 at 11:04 am

    sbb tulah anak2 hendaklah diasingkan tidur dlm bilik masing2… sbb mak ayah mana tahu yg anak pura2 tidur sedang menyaksikan mak ayah sedang enak bersetubuh.

  3. dayana said,

    January 26th, 2010 at 9:27 pm

    byk2 sabar jela………….

  4. dayana said,

    January 26th, 2010 at 9:31 pm

    bdk2 skunk lbih expose ngan bnda yg bkn2…tul tak?????????

  5. eg said,

    February 9th, 2010 at 5:50 pm

    www.izyanee1,ads4blog.com
    Visit this blog..

  6. Jessica35vn said,

    February 21st, 2010 at 6:01 am

    Did you use a help of a sociology essay service for your great topic? I think that you have got good analytical essay accomplishing skillfulness. Thanks for sharing that!

  7. Fidie said,

    March 2nd, 2010 at 3:12 pm

    JURUTAIP DIRUMAH DIPERLUKAN: RM3,800 SEBULAN (PENDAFTARAN PERCUMA)

    Sahabat Sekalian,

    Sedang mencari kerja atau perlukan duit yang lebih????
    Kami bayar sehingga USD 1000 = RM 3,800 atau lebih secara bulanan.
    Kami menawarkan kepada anda peluang pekerjaan di rumah seperti Menaip/kerani/setiausaha/penyelia/pelatih/Peg. Pemasaran/pengurus.
    Pengalaman tidak perlu. Boleh menaip. Tiada had umur.boleh dilakukan dimana-mana sahaja. Sepenuh masa atau part time.
    Berminat atau ingin mengetahui dgn lebih lanjut!!!
    Sila ikuti 3 langkah mudah seperti dibawah:
    1- Klik button reply pada email anda
    Pasti kan email dialamatkan ke : fast_advertise@yahoo.com
    Cc: (jurutaip2010@yahoo.com)
    2- Dengan perkataan anda sendiri, sila tulis samada anda berminat atau tidak dengan tawaran kerja ini
    (ingat!!! Jgn tulis jawapan anda pada ruangan subject)
    3- Sebelum Klik butang send, sila pastikan email iklan ini juga disertakan sekali.
    Setelah anda memenuhi 3 langkah diatas dan menghantar email berkenaan, seperti yang diminta, kami akan menghubungi anda dengan maklumat terperinci seperti yang diperlukan.
    Terima kasih.

  8. mortgage loans said,

    March 17th, 2010 at 10:55 am

    A lot of specialists claim that credit loans aid people to live their own way, because they are able to feel free to buy needed things. Moreover, some banks offer consolidation loan for all people.

  9. ros said,

    March 20th, 2010 at 6:52 pm

    hati2 la para ibu bapa………………………

  10. miss_eQien said,

    May 3rd, 2010 at 10:44 am

    astaghfirullah….yela,semua kena jaga dah..xley ambil remeh ngan anak2…

  11. erinz said,

    May 7th, 2010 at 11:20 am

    ASTAGHFIRULLAH….SEMUA IBU BAPA,ALLAH berikan otak utk berfikir…sendiri mau ingat,jgn rosakkan akal anak2 yg belum mengerti apa2..bak kata nabil….LU FIKIRLAH SENDIRI !!!!!!!!! :

  12. adinsa said,

    May 15th, 2010 at 10:52 pm

    adil tu perlu diletak di tempat yang betul…sama seperti orang dewasa yang bukan muhrim…kena berkahwin baru halal berkasih sayang…

  13. aku said,

    June 3rd, 2010 at 5:55 pm

    salam,
    kalau salah sila betulkan…
    islam mengharam bila suami isteri melakukan hubungan kelamin tanpa sebarang kain yg menutupi bhgian tertentu…kisah diatas contohnya..
    dh jelas mengapa islam itu menghalal @mengharamkan sesuatu…
    fikir2kanlah… ALLAH tau segalanya..

  14. wana said,

    June 7th, 2010 at 7:27 pm

    astragfirullah, nk dekat dah…….

  15. demimasa said,

    June 24th, 2010 at 9:41 pm

    Ibu-bapa adalah contoh yang terbaik untuk anak-anak…

    Jadilah ibubapa yang terbaik untuk anak-anak kita..

  16. demimasa said,

    June 24th, 2010 at 9:42 pm

    Ibu-bapa adalah contoh yang terbaik untuk anak-anak…

    Jadilah ibubapa yang terbaik untuk anak-anak kita..

  17. nor said,

    July 11th, 2010 at 8:17 pm

    biasanya kanak smpai thp umur berapa dia th belajar dari pemerhatian

RSS feed for comments on this post · TrackBack URL

Post a Comment