Bahayanya Fitnah!
February 6th, 2010 at 9:08 pm (Petua Masyarakat)
Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.
Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu. Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu.
Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.
Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.
Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan ‘dengar khabar’ mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar. Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.
Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah. Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’ Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)
Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12). Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.
Perkara pertama perlu diberi perhatian untuk memastikan kesahihan berita ialah memastikan sumber berita itu, yakni siapakah yang mula menyebarkan berita dan rantaian orang yang membawa berita itu. Umat Islam tentu tidak lupa pada sejarah menyebabkan kematian khalifah ketiga kerajaan Islam di Madinah iaitu Uthman Affan, yang berpunca daripada fitnah disebarkan kumpulan ekstremis agama.
Penyebaran fitnah turut menjadi penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan Saidina Ali dan zaman selepas itu. Fitnah juga meruntuhkan kekuatan Bani Umaiyah malah, sejarah kejatuhan empayar besar kerajaan Melayu Melaka tidak terkecuali kerana fitnah. Ubat bagi penyakit hati ialah dengan memperbanyakkan taubat dan selalu berzikir.
Fikir-fikirkanlah, sebelum menghantar e-mel atau SMS. Jika masyarakat Islam sendiri boleh berperang sesama sendiri kerana fitnah, apatah lagi masyarakat majmuk? Jika benar sekalipun beberapa berita, tetapi jika menyebarnya tanpa konteks ia seolah-olah menyiram minyak di atas bara api.





Musa Hasse said,
February 6th, 2010 at 11:45 pm
yup fitnah sesama umat ni umpama memakan daging saudara sendiri.
zeila said,
February 7th, 2010 at 11:20 am
Salam ..memang benar kita kena selidik semua berita yang sampai kepada kita.
za said,
February 9th, 2010 at 4:02 pm
memang betul, tapi fitnah DSAI ni ada lak yang pcaya. Yang betul-betul buat salah tak de yang percaya pula…..
alansar said,
February 23rd, 2010 at 12:02 am
konspirasi sebegini adalah jalan yg tdk cerdik…percayalah…kelak akan memakan diri sendiri..
Hana said,
February 28th, 2010 at 3:01 pm
Fitnah nie bukan boleh buat main-main. Nampak syoknya orang yang buat fitnah kat dunia. Namun kat akhirat perit balasannya.
Terjah said,
March 1st, 2010 at 8:32 pm
Nah ni dia bukti2 yg cuba dinafikan… lu pk la sendiri..
http://4.bp.blogspot.com/_oFuZ31ZC-Mk/S4t-8QFFt_I/AAAAAAAAAF4/3e7ZsJOck1A/s1600-h/Scan0001.JPG
http://1.bp.blogspot.com/_oFuZ31ZC-Mk/S4t-KnjNfDI/AAAAAAAAAFo/y21h5y6KLyw/s1600-h/KENYATAAN+HANIPA+MAIDIN.JPG
Fidie said,
March 2nd, 2010 at 3:13 pm
JURUTAIP DIRUMAH DIPERLUKAN: RM3,800 SEBULAN (PENDAFTARAN PERCUMA)
Sahabat Sekalian,
Sedang mencari kerja atau perlukan duit yang lebih????
Kami bayar sehingga USD 1000 = RM 3,800 atau lebih secara bulanan.
Kami menawarkan kepada anda peluang pekerjaan di rumah seperti Menaip/kerani/setiausaha/penyelia/pelatih/Peg. Pemasaran/pengurus.
Pengalaman tidak perlu. Boleh menaip. Tiada had umur.boleh dilakukan dimana-mana sahaja. Sepenuh masa atau part time.
Berminat atau ingin mengetahui dgn lebih lanjut!!!
Sila ikuti 3 langkah mudah seperti dibawah:
1- Klik button reply pada email anda
Pasti kan email dialamatkan ke : fast_advertise@yahoo.com
Cc: (jurutaip2010@yahoo.com)
2- Dengan perkataan anda sendiri, sila tulis samada anda berminat atau tidak dengan tawaran kerja ini
(ingat!!! Jgn tulis jawapan anda pada ruangan subject)
3- Sebelum Klik butang send, sila pastikan email iklan ini juga disertakan sekali.
Setelah anda memenuhi 3 langkah diatas dan menghantar email berkenaan, seperti yang diminta, kami akan menghubungi anda dengan maklumat terperinci seperti yang diperlukan.
Terima kasih.
atisya said,
March 18th, 2010 at 8:29 pm
betul. saya setuju.
org suka wat fitnah skrg ni.mcm benda main2 je.
kita kena kuat dari segi mental dan emosi
jangan cepat nak melatah jika sesuatu berlaku
fikir dulu, jadi seorang yang rasional.
tak de la gaduh2. ni tak,kdg2 org saja je wat cite supaya kita pecah belah
dan yang paling teruk, kita pegi percaya tanpa selidik.
JulieBruce31 said,
March 29th, 2010 at 10:06 pm
I opine that to get the loan from banks you must present a good reason. However, one time I’ve got a small business loan, just because I was willing to buy a bike.
ManDan said,
June 3rd, 2010 at 3:30 am
woi. ni bukan petua woi.