Ibubapa Bukan Liabiliti

Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah kisahnya…

Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin
pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak…

“Ada duit? Minta ayah sedikit..”

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat
seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik
kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah,
isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka ‘sporting’ dan
tidak banyak meragam.
READ MORE..

5 Deria Seorang Usahawan

Perkataan “usahawan” semakin banyak dan hangat diperkatakan sekarang. Jangan disebabkan anda berjaya membina perniagaan anda sendiri bermaksud anda adalah seorang usahawan. Maaf, jika apa yang saya katakan ini menyinggung perasaan anda.

Usahawan mempunyai “mindset” yang berbeza jika dibandingkan dengan orang lain. Usahawan akan melakukan perkara yang tidak terjangkau oleh pemikiran orang lain dan menghabiskan setiap kerja yang mereka mulakan.

Di sini, saya telah menyenaraikan apa yang saya panggil sebagai 5 Deria Ciri-Ciri Seorang Usahawan berbanding orang biasa. Seperti yang kita ketahui, manusia mempunyai 5 jenis deria iaitu deria bau, rasa, pendengaran, sentuh dan penglihatan. Usahawan juga mempunyai kelima-lima deria ini, tetapi ia berbeza sama sekali. READ MORE..