Jika Anak Deman

Sila baca….sila baca.. x rugi pun mummy….

Jika anak demam…pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun masa ibu jadi cikgu Sains dulu ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk…. samalah dengan suhu badan yang panas tadi.
READ MORE..

Anak ke 2

Siapa ANAK KE-2 dalam family meh sini baca fakta ini!!!!!!!!!!

ANAK MANJA EMAK ?
sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu. ^^
READ MORE..

Membahagiakan Ibu Bapa

Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa bertujuan membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia. Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk metarial dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.

Terdapat sekurang-kurangnya 10 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.
READ MORE..

Rahsia Seorang Ayah

BEBERAPA kajian menunjukkan bahawa kehadiran ayah menyumbang terhadap
kejayaan anak dalam setiap fasa kehidupan mereka. Kajian itu
disimpulkan dalam Father Facts, Edisi Ketiga (1998), antaranya:

Bayi yang mempunyai ayah yang selalu bersama-sama anaknya di
lapan minggu pertama, lebih berkemampuan menangani tekanan di alam persekolahan.
READ MORE..

Papa buat kat Mama boleh?

Terkedu…!!!! Itu saja satu perkataan yang mengambarkan perasaan aku saat aku mendengar kisah yang diceritakan teman. Aku tidak mampu untuk berkata, marah tak mampu aku zahirkan, tapi sedih yang teramat rasanya..

Kisahnya :
Nini bekerja disebuat pusat asuhan dikawasan elit yang kebanyakkannya didiami orang melayu dimana pusat asuhan yang menempatkan anak2 golongan bijak pandai dan dah tentunya juga berada. Pusat asuhan yang bagus, system yang teratur, disiplin yang baik. Malah bagusnya majikan Nini menerapkan nilai2 pendidikan Islam sedari kanak2 ini kecil lagi.
READ MORE..

Jangan Tegur

Jangan Tegur Isteri Depan Anak-anak

Bila saya belajar prinsip ni, baru saya faham kena kita ibubapa tak boleh berselisih depan anak-anak. Ia akan bagi kesan pada anak-anak.

Kalau kita (suami) komen, tegur, dan marah isteri depan anak-anak, anak-anak akan belajar dari situ. Walaupun mungkin komen kita dengan niat nak membetulkan isteri, tapi ia tetap beri kesan yang buruk!
READ MORE..

Nikmat Kasih Sayang

Assalamualaikum,

Salam Sejahtera Selamanya..

Allah Anugerahkan….!! Anak ketiga saya cukup suka membawa pelbagai isu. Dia akan datang kepada saya atau ayahnya untuk mengenal pasti banyak perkara. Ada-ada saja aduan atau kritikan yang dilemparkan – selalunya mengenai tanggungjawab kamilah.

Dia akan menyalahkan saya jika sesuatu tidak memuaskan hatinya. Namun saya bangga memiliki anak yang kritis mindanya walaupun sesekali ada juga rasa tersinggung dengan keceluparannya.
READ MORE..

Petua Merancang Jantina Anak

Petua yang amat berguna bagi ibubapa…

Bagaimana merancang jantina?

Berikut adalah petua yang boleh membantu anda merancang jantina anak anda. InsyaAllah dengan panduan dan izin Allah akan membawa kejayaan. kita hanya memerlukan sedikit usaha dan tawakkal.

Sebenarnya sperma @ benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih tersebut ada yang membawa keromosom X dan Y.

Sedangkan telur atau benih isteri hanya membawa keromosm X. Bergantung mana yang bercantum – XY (anak lelaki) – XX (anak perempuan).

Ciri-ciri benih:

Benih Y lebih cergas dan laju begerak tetapi lebih cepat mati berbanding dengan benih X yang lambat bergerak tetapi hidup lebih lama.

Benih Y juga lebih tahan dalam cecair yang beralkali , sedangkan benih X lebih tahan dalam cecair asid.

Oleh itu anda boleh ikuti panduan berikut: READ MORE..

Marah; Perkembangan Kanak-kanak Kawal Diri

KANAK-KANAK tidak mampu menahan pergolakan emosi. Oleh itu, apabila dia marah, kecewa atau putus asa, dia akan meluahkannya dengan menangis, menjerit atau menghentak-hentak kaki.

Sebenarnya apa yang dilakukan kanak-kanak itu adalah sebahagian daripada perkembangannya untuk mengawal diri sendiri. Malah, mereka akan bersikap marah-marah (tantrums) ketika berusia antara setahun hingga tiga tahun, tetapi menjelang usia empat tahun, sikap mereka yang suka marah dan meradang akan berhenti dengan sendirinya.

Menurut Akademi Pediatrik Amerika, kanak-kanak dalam usia setahun hingga tiga tahun sebenarnya sibuk mempelajari pelbagai perkara mengenai dunianya. Dia juga sangat bersemangat untuk mengawal semua perkara. READ MORE..

Jadikan Anak Sebagai Winner

Assalamualaikum,
Ibubapa adalah antara faktor terbesar dalam menentukan halatuju anak2.
berikut ada beberapa tips dari Robert D. Ramsey yang boleh kita jadikan
panduan dalam menjadikan anak2 kita antara yang outstanding berbanding
rakan sebayanya..selamat mencuba!

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik . -
bila anak kita dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama dah baik
tapi bagi pulak gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu
dan rendah diri. Apatah pulak kalau yang memanggil nama tak elok tu mak bapak sendri. Lagi la malu kan ? Dalam
Islam pun sangat digalakkan kita bg nama yang baik untuk anak2. READ MORE..