Merangsang Kepintaran Bayi

Pakar perkembangan bayi percaya tahun pertama kehidupan bayi tempoh utama berlakunya proses pembelajaran. Tidak perlu muzik klasik, alat pembelajaran bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah individu di sekeliling si kecil itu.

Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama antara interaksi harian yang lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar memikirkan cara baru merangsang anak kecil (terutama sekali apabila si ibu atau bapa tidak tidur malam kerana meredakan tangisannya).
READ MORE..

Buang Kerak di Kepala Bayi

Ambil segenggam kelapa parut yang dicampurkan dengan dua atau tiga ketul garam kasar. Masukkan ke dalam kain perca dan ikat kemas. Ramas sedikit sehingga keluar santan. Setelah itu sapulah di atas kepala bayi dan biarkan seketika. Bukan sahaja kerak akan hilang tetapi rambut bayi akan lebat dan hitam.

Bersalin Mudah & Bayi Sihat dengan Salindah

Bagi wanita, kehamilan atau mengandung adalah suatu pengalaman yang tidak sama dengan pengalaman-pengalaman lain yang pernah dilalui, terutamanya wanita yang mengandung untuk kali pertama. Ada yang tersangat gembira dengan berita kehamilan itu dan ada pula yang menjadi bimbang dan cemas terutamanya bila menjelang waktu-waktu hampir melahirkan anak. Ini berlaku kerana mungkin bakal ibu ini pernah mendengar pelbagai khabar bagaimana susahnya untuk melahirkan anak.

Setelah menyedari masalah yang dihadapi kaum wanita semasa mengandung, Prof. Dr. Azizan bin Hj. Ismail telah mengkaji secara mendalammengenai kehamilan dari semua aspek dan kemudian berusaha menghasilkan suatu rencana makanan jagaan rawatan ibu dan anak yang dikandung. Dengan adanya rencana makanan ini, maka kaum wanita dapata melalui zaman kehamilan dan dapat melahirkan anak dengan aman tenteram, jauh daripada rasa takut, cemas dan bimbang, terhindar daripada aneka rupa masalah waktu mengandung, semasa bersalin dan selepas bersalin. Dengan itu mengandung dan bersalin akan menjadi suatu pengalaman yang dapat dinikmati. Rencana makanan jagaan dan rawatan kehamilan ini telah banyak berbakti kepada kaum ibu, dan telah mendapat sanjungan di kalangan ibu dan para doktor, bukan hanya dari dalam Malaysia malah juga oleh mereka dari luar negara. Prof. Dr. Azizan menamakan rencana jagaan dan rawatan kehamilan ini sebagai SALINDAH. READ MORE..

Lebatkan Rambut Bayi

Untuk melebatkan rambut bayi, ambil daun rambutan jantan yang tidak berbuah atau daunnya yang berwarna merah. Campurkan daun bersama air dan embunkan semalaman. Keesokan harinya sapukan air tersebut pada kepala bayi. Jika diamalkan hasilnya pasti memuaskan.

Kulit Bayi Sentiasa Halus

Sejak dari bayi lagi sapukan bedak sejukdiseluruh tubuh bayi sebelum memandikannya. Selepas 15 minit, mandikan bayi seperti biasa. Jika dilakukan setiap hari, kulit bayi akan sentiasa lembut dan halus. Malah bayi tidak mudah mendapat ruam.

Oleh, Doili Lugas, Tamparuli Sabah.

Melentikkan Bulu Mata Bayi

Untuk melentikkan bulu mata bayi, setiap kali selepas menyusukan bayi anda, sapukan susu ibu ke bulu matanya. Anda akan dapati bulu mata bayi anda akan menjadi bertambah lebat, lentik dan cantik.

Mencantikkan Kulit Janin

Amalkan meminum air kelapa sewaktu mengandung agar anak yang bakal lahir nanti mempunyai kulit yang putih dan halus serta terhindar dari mendapat ruam lampin.

Ubat Kudis Api

Ambil beberapa urat akar tuba, tumbuk sehingga lumat. Kemudian campurkan sedikit dengan santan kelapa. Sapukan pada kudis, teruskan amalan ini hingga kudis menjadi hitam. Selamat mencuba.

Oleh, Rohamiza Robi, Rawang Selangor

Menghilang Batuk Pada Bayi

Anak yang sihat menjadi idaman setiap ibu bapa. Jika anak anda mengalami batuk berkahak dan selsema, pasti anda tidak dapat tidur lena. Amalkan petua ini. Ramaskan daun kaduk yang dicampur sedikit kapur sirih dan air. Kemudian, lumurkannya di atas dada dan perut bayi anda. InsyaAllah kahak tersebut akan keluar bersama najisnya.

Oleh, Izlia, Jalan Raja Laut.

Kelebihan Tepung sagu

  Kebanyakan bayi biasa mengalami melecet di celah kelangkang, pelipat kaki atau bahagian tubuh lain. Hal ini mungkin diakibatkan oleh pemakaian lampin pakai buang yang tidak sesuai dengan kulit bayi. Untuk mengatasi masalah ini, anda bolehlah mencuba petua ini. Apabila dia mengalami kemerah-merahan di bahagian-bahagian tertentu, apa yang perlu anda lakukan ialah menyapu sedikit tepung sagu di tempat yang bermasalah. Anggaplan seperti anda menyapu bedak pada kulit bayi.

Oleh, Norasyrin Ali, Kuala Langat Selangor