Sedapnya Sayur!

Sememangnya sudah menjadi satu kelaziman di kalangan kanak-kanak tidakmenggemari sayur-sayuran. Seandainya ternampak sayur di dalam makanan, mereka pasti membuang sayur-sayuran tersebut. Untuk melatih mereka makan sayur, senang sahaja. Sebagai sontoh goreng sayur-sayuran berdaun seperti kangkung, bayam, sawi dan lain-lain dengan menggunakan tepung yang dicampur dengan perlbagai perasa seperti ayam, udang, ikan bilis, dan lain-lain lagi. Mereka pasti menggemarinya kerana rasanya sedap dan rangup seperti mengunyah keropok. Bagi sayur-sayuran seperti petola dan lobak merah pula, potonglah mengikut bentuk bunga yang menarik. Pasti mereka suka memakannya.

Oleh, Rogayah Derus, Kuantan Pahang

Daun Cekur Banyak Kegunaannya

Saya mempunyai lima cahayamata. Bayangkanlah bagaimana isteri saya mendidik dan menjaga anak-anak dari mereka kecil lagi. Masih saya ingat sewaktu anak sulung masih kecil, dia kerap mengalami masalah kembung perut. Untuk mengatasi masalah ini, isteri saya mengambil beberapa helai daun cekur lalu ditumbuk. Kamudian bahan ini disapukan ke bahagian perut bayi tiga kali sehari. Alhamdulillah, kembung perut yang dialami anak saya hilang. Sehingga kini isteri saya masih mengamalkannya. Selain daripada itu isteri saya sering menggunakan daun cekur didalam masakan. Contohnya kerabu dan masak lemak cili api. Selain mengeluarkan angin dari dalam badan, daun ini juga boleh menghilangkan jerawat dan mengekalkan awet muda.

Oleh Mohd Ali Hamid, Kuala Rompin Pahang

Ubat Kini Lebih Sedap

Kanak-kanak memang sukar makan ubat. Anak lelaki saya yang berumur dua tahun pun begitu juga. Dia sukar menelan ubat jenis tablet ataupun sirap walaupun puas dipujuk. Kini saya mempunyai cara yang berkesan untuk memberinya ubat. caranya ialah mencampurkan ubat di dalam minumannya. Jika ubat yang hendak diberikan berwarna oren saya akan campurkan dengan air oren. Jadi dia tidak akan perasan yang saya telah campurkan ubat ke dalam munumannya. Lebih membanggakan, dia menyatakan yang airnya lebih sedap. Kini saya tiada masalah lagi untuk memberi ubat kepada si manja.

Dari Zuraidah Mohd Zainudin, Kuala Kangsar, Perak

Air Halia Atasi Sembelit

Saya memilih untuk menyusu badan, namun saya melakukan kesilapan kerana stiap hari meminum air milo yang pekat. Kesilapan saya itu menyebabkan anak saya tidak dapat membuang besar sehingga lima hari. Biras saya menyuruh saya membri anak saya madu. Namun anak saya masih tidak mahu membuang air besar. Akhir sekali, saya mengambil keputusan untuk meminum air halia. Esoknya anak saya berjaya membuang air besar. Saya yakin dengan khasiat yang terkandung dalam halia berjaya membuatkan anak saya menunaikan hajatnya yang tertangguh. Walaubagaimanapun petua yang saya kongsikan ini hanya sesuai diamalkan oleh ibu-ibu yang menyusukan badan sahaja.

Oleh, Hamidah Saad, Sungai Buloh Selangor.

6 Petua Mudah Tambah Susu

1. Kerap Menyusu

Semakin kerap anda menyusukan bayi, semakin banyak susu yang akan terhasil. Jadi galakkan bayi untuk lebih kerap menyusu. Penyusuan hingga 10 hingga 12 kali atau lebih dalam tempoh 24 jam akan merangsang hormon prolaktin menghasilkan lebih banyak susu.

2. Amalan Tradisi.

Orang-orang lama suka mengamalkan pemakanan tertentu bagi menambah susu. Ia tidak terhad kepada mayarakat melayu sahaja. Malah kaum cina dan india turut menggunakan kaedah yang sama. Antara jenis makanan yang dipercayai dapat menambah susu ialah ulam-ulaman (pegaga, peria, raja, turi, betik, jantung pisang batu dan lain-lain), lobah putih, ikan yu dan banyak lagi.

3. Makan Herba

Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan harian dapat menambahkan pengeluaran susu. Paling popular ialah halba. Selepas dibeli, cuci halba dengan sempurna dan keringkan. Kemudian simpan dalam bekas bertutup dan makan sesudu halba setiap hari. Antara herba lain ialah jintan hitam. Cara pengambilannya sama seperti halba.

4. Minum Air Ikut Keperluan.

Selain dari pemakanan yang berkhasiat, air juga perlu cukup. Ada pendapat mengatakan anda perlu minum sehingga lapan gelas air sehari. Namun paling penting anda perlu minum air kosong mengikut keperluan tubuh. Selain daripada air kosong, anda juga boleh mengambil minuman lain seperti susu dan air kacang soya.

5. Posisi Yang Betul.

Selain daripada keselesaan, amat penting untuk anda mendapatkan posisi yang betul setiap kali menyusukan bayi. Paling utama, anda perlu memastikan bayi melekap dengan betul. Jika anda menghadapi masalah untuk mendapatkan posisi yang betul, anda perlu mendapatkan tunjuk ajar dari jururawat, doktor atau pakar laktasi tentang teknik dan posisi yang berkesan.

6. Ubat-ubatan.

Anda boleh memperolehi ubat ini di farmasi berdekatan. Walaubagaimanapun ubat-ubat ini tidak begitu digalakkan. Ini kerana sesetengah ubat seperti Domperidone atau maxalone boleh memberikan kesan sampingan pada ibu. Ubat seperti ini biasanya hanya disyorkan untuk ibu yang merangsang pengeluaran susu supaya dapat menyusukan anak angkatnya.

Puting Payu Dara Merekah/Melecet

Bagi mereka yang mengamalkan menyusu baby sepenuh masa pasti mengalami masalah payu dara melecet atau merekah. Salah satu sebabnya mungkin baby suka gigit payu dara anda time tengah menyusu (nak tumbuh gigi), kalu ada gigi lagi parahh.. so, senang je, selepas susukan baby anda, cuba letak air susu di sekeliling puting payu dara anda, insyaAllah puting yg melecet/merekah akan cepat sembuh. Cubalah!!

Oleh Aina Sara, Seri Kembangan

Bayi Tidak Kuning

Bayi yang sihat dan tidak kuning memang impian semua ibu bapa. Jika sebaliknya berlaku, bayi mungkin perlu ditinggalkan di hospital untuk  rawatan  selanjutnya.  Untuk mengelak masalah ini berlaku, anda perlu mengamalkan petua ini sebelum  melahirkan bayi. Pada awal kehamilan, anda mesti makan sebiji kurma setiap hari sehingga keakhir kehamilan, InsyaAllah, anak anda tidak akan kuning. Petua ini sudah saya amalkan pada anak kesayangan. Sememangnya berhasil. Cubalah!

Oleh Rosnani Abd Rahman, Padang Serai Kedah

Sayur Bayam Untuk Kulit Cerah

Sekiranya anda dan suami berkulit gelap dan berambut hitam tentu anda fikir mustahil untuk mendapatkan anak yang berambut perang dan berkulit cerah. Jawapannya tidak! Petuanya ibu-ibu mengandung hendaklah memakan banyak sayur-sayuran hijau terutamanya sayur bayam. Selain itu jangan lupa makan telur ayam kampung.

Dahulu, sewaktu saya mengandung anak bongsu, saya mengamalkan petuai ini dan terbukti khasiatnya. Memang benar! Anak saya berkulit cerah dan berabut perang. Jika ibu-ibu mengandung diluar sana ingin mencuba pertua ini, amalkannya sehingga bayi dilahirkan. Apa yang anda hajati pasti akan termakbul.

Oleh Rebecca, Sg. Siput Perak

Menghapuskan Urat Timbul Di Kaki Sewaktu Mengandung

Petua 1 : Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu.

Petua 2 : Campurkan sebuku ragi, sedikit air limau nipis dan air hingga sebati. Sapukan pada urat yang timbul pada setiap malam. Apabila tidur letakkan kaki di atas bantal.

Petua 3 : Campur sedikit asam jawa dan air sehingga pekat. Sapukan pada kaki setiap malam. Tinggikan kaki sedikit ketika tidur.

Petua 4 : Rebus kacang hijau, minum airnya setiap pagi dan petang. Buat senaman angkat kaki 10 minit sebelum tidur.

Menghilang Loya Ibu Hamil

Ambil segenggam daun kari. Kisar menjadi jus. Campur jus tersebut dengan limau nipis dan satu teh gula. Minum setiap pagi. InsyaAllah rasa loya tekak akan hilang.