Keburukan Memanaskan Enjin Kenderaan

Upacara memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter.
READ MORE..

Jika Terlekat Tulang

Celupkan jari ke dalam madu lebah. Dengan berselawat sebanyak tiga kali, masukkan jari ke dalam mulut dan hisap jari itu perlahan-lahan. InsyaAllah tulang yang terlekat akan keluar dengan mudah.

Hilangkan kesakitan dan bengkak pada Badan

Campurkan sedikit kapur sirih dengan parutan ibu kunyit dan air, buatkan seperti krim. Bubuh tempat yang terkena gigitan serangga dan biarkan kering. Kesakitan akan reda dan bengkak akan hilang.

Oleh Arnie Sabli, Kota Kinabalu Sabah.

Terkena atau Terpijak Paku Berkarat

Ambil segera sebatang bawang putih yang berdaun buang kulitnya kemudian celup dalam minyak dan panaskan di atas api, apabila sudah panas tampalkan pada bahagian yang terluka berulang kali buatlah 2 kali sehari. Insyaallah baik.

Oleh Kak Ziraa